As long as they are...?


 Bismillahirrahmaanirrahiim ~

A Man :  Lelaki fitrahnya, tidak kira semasa bujangnya @ selepas berkahwin mereka..
 +  Suka memuji, tidak kiralah mreka benar2 memaksudkannya ..ataupun sekadar berkata sinis.
+ Most of times, berjiwa romantik & sesetengah mereka tidak bijak untuk menanganinya.
+ Sukakan minda terbuka & sometimes they can be too 'open'.




A Woman : Pantang dipuji. Sesetengahnya senang hanyut dgn pujian-pujian yg diberikan.
* Persoalan dkt sini, kenapa kita perlu berbangga..? Bukankah segala yg kita miliki adalah bersifat sementara. Alangkah indahnya jika kita dapat berpegang dgn konsep "HAZA MIN FADHLI RABBI" (Sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada Tuhanku).

++ Ok, secara general..
- Sewajarnya kita mengambil pujian itu sebagai motivasi dan mengambil  pujian tersebut dalam kadar yg berpatutan.

++ Hakikatnya, kaum wanita sgt lemah ktika berhadapan dgn kata2 pujian. Seharusnya, kita menyedari itu. Jadi, bukankah lebih baik jika kita tilik kembali apa tujuan sebenar kita melakukan sesuatu perkara.. "Adakah aku bekerja utk mencari pujian & keredhaan manusia ataupun aku bekerja utkMu, Ya Rabb"

Luangkanlah sesaat dua utk berfikir tntg "hadaf" ataupun tujuan kita. Moga kita tidak tersasar.

... Then, skrg inginku specifickan ckit "skop pujian ni" - Pujian Seorang Lelaki kpd Prempuan.
 Sebagaimana yang telah diperkatakan tntg lelaki tadi, padaku.. Mungkin org lelaki zaman sekarang sgt mudah utk meluahkan kata2 pujian, kerana bg mereka " org skrg dah open minded la.." . Tetapi, kita perlu ingt, se'open' mana pun seseorang.. fitrahnya, kita sukakan pujian kerana saat itu kita merasakan kita diberi p'hatian & dihargai.

Suka untukku berikan contoh, " Seorang perempuan yg sering berpakaian & bergaya dgn identiti seorg  muslimah secara beransur-ansur melepaskan tudungnya, mengetatkan pakaiannya, menyingkatkan kainnya..tiba2 mendapat pujian "cantik, I like this", daripada lelaki-lelaki yg sememangnye mendapat didikan agama daripada kecil sehingga dewasanya." AWESOME!!

Wow, bukankah situasi ini seolah2 "pucuk dicita, ulam mendatang ? ". Secara logiknya, tindakan lelaki td secara langsung menyokong & merangsang  mereka  untuk terus membudayakan gaya pemakaian yang bercanggah dgn agama suci kita, Islam. Bukan ke lelaki td sepatutnya membantu prempuan itu utk meneruskan harinya dgn beridentiti muslimah..?

Mungkin ni perkara kecil di mata kita. Bayangkan jika ada 1000 orang yang memandang enteng & merasakan bhawa situasi ini adalah " kecil", nescaya amanlah dunia dgn maksiat. Nauzubillah~
Basicnye, segala yg baik & buruk itu datangnya drpd Allah. Jadi adakah kita berhak utk meninggi diri dgn kebaikan & kesempurnaan diri kita..y hakikatnya adalah pinjaman drpd Allah semata-mata?. Seharusnya kita meletakkan pujian pada tempat yg sepatutnya, pada Allah Azza Wa Jalla.

Wahai teman2 ku, ucapkanlah :

Alhamdulillah 'ala kulli hal - seandainya diri ditimpa musibah
Haza min fadhli rabbi -  tatkala di puji
Alhamdulillah bini'matihi tutimmu ssalihat - apabila melihat perkara yg disukai

* Seterusnya, berbalik kpd sifat lelaki yg dikatakan berjiwa romantik. Tahukah kalian, wahai kaum Adam.. Wanita zaman skrg sgt mengimpikan "lelaki romantik".. Namun, aku masih t'tanya2 apa yg dimaksudkan oleh mereka dgn romantik...?

> Adakah dgn melayani sgala kerenah & permintaan kita itu dikatakan romantik..?
> Adakah dgn membuat panggilan utk mengucapkan "good night & I love you" sblum tidur itu romantik?



Pada pandanganku, hanya dgn perbualan yg berbunyi seolah2 mengambil berat & prihatin.. sudah memadai untuk kaum hawa ini mengklasifikasikan lelaki2 ini romantik.. PELIK!!

Di sini ingin aku ingtkan.. Islam sgt menjaga muamalat & pergaulan.

--> Islam melarang seseorang lelaki / perempuan berbual terlalu lama meskipun sudah mempunyai ikatan pertunangan melainkan ada urusan yg perlu dibincangkan. Seperti tarikh, tempat dan dekorasi untuk majlis pernikahan mereka.

Jadi, secara rasional.. Jika mereka yg dah bertunang pun ada batas pergaulannye, bagaimana pula hukum kita.. yg kini bebas berbual2 dgn kaum berlainan jantina tanpa ada sebarang keperluan..?

Janganlah kita gunakan prinsip "ZAMAN DAH BERUBAH, MINDA KITA PUN KENA OPEN", kerana sesungguhnya ajaran Islam & segala isi yang terkandung dalam al-qur'an tidak pernah lapuk ditelan zaman. Tidak salah kita 'open', tetapi kita perlu pandai menilai. Allah telah mengurniakan kita akal yg sempurna. Janganlah kita mendahulukan NAFSU, kerana pada saat itu.. Kita sebenarnye telah merendahkan nilai akal yg telah diberikan Allah.

Wallahua'lam ~




Post a Comment

0 Comments