Aku masih di sini.

Bismillhirrahmanirrahim~

5 June 2010  (setelah habis berjoging)

Di taman itu, sepi lagi. Tiada siapa yg berkata-kata. Pakat melepas lelah di dada. Jadi, bagi memecahkan kesunyian itu.. aku meminta beberapa nombor hp sahabat usrah yg lain drpd sahabatku, ain. Aku hanya ingin khabarkan tentang keputusanku utk melangkah keluar dr KMS dan menapakkan kaki di CFS IIUM kpd mereka melalui SMS. Seusai menaip text mesej, aku mengumpulkan kekuatan utk suarakan kpd sahabat-sahabat dihadapanku tntg hasratku. Berat, tapi.. alhamdulillah akhirnya terluah juga~ TENANG.

Selepas itu, kami bergerak straight ke kantin di blok lelaki yang tatkala itu masih lengang..xberorang. Maklumlah, cuti sabtu & ahad, bantai tido la tu agaknye. Kami pakat ambil makanan dan kemudiannya mengambil tempat masing-masing.. bersedia utk menyantap makanan-makanan itu. Pabila semuanya sdh duduk, maka berkatalah 

Khadija: Meh kita baca doa perpisahan utk sahabat kita. Moga ini keputusan yg benar buatnya.
We: Amiin.. 

Jamuan wida' yg tak dirancang. Tika sdg asyik nikmati makanan, handphone di sebelah 'vibrate'.. menandakan mesej masuk. Pantas ku menyambutnya. Di kala baris pertaqma mesej itu dibaca, astaghfirullah.. retak sungguh hati! Mesejnya berbunyi.. " Allahuakbar! pelajar universiti skrg semuanya bengong, xbijak, bodoh belaka..!. Pediih! Inikah kata-kata yang ku terima sbgai ucapan drpd org yang amat kusayangi & hormati di waktu kaki ini ingin meninggalkan matriks?? subhanallah. Segera aku reply mesej itu. 

Me: Maaf, maaf. Bukan niat tak nak bagitahu kptusan masuk UIA..baru putuskan tekad.

Speechless. Dugaan kecil, keluhku. Tak sampai 5 minit, mesej masuk lagi. Dia reply. Pergh, dlm hati.. " Ape dia nak cakap, aku terima je.. aku salah, hukuman lah ni." Mesej dibuka. "Tahniah x3, mabruk 'alaiki! Ayah Sah saje nk provok! A.sah bangga anak sdare a.sah dpt melangkahkan kaki ke U. Sampai hati tak bagitahu berita baik ni awal-awal! Allahuakbar x3. Moga k.long dpt yg terbaik di UIA!.

Wuuu.. rase nak menangis (T.T), terharu. Tadi suapan nasi terhenti, kini diteruskan kembali. There was no words can describe my feeling that time. PUZZLED. 

Sehabis menjamu selera, we marched up ----> masjid KMS (namanya xsempat hafal). Disini, ingin aku potretkan memori. InsyaAllah meskipun gambar yg dirakamkan saat itu terhilang dek xbuat backup.. Ya, masih segar lagi suasananya di minda. Takkan luput. Aku, sempat meninggalkan sepatah dua pesanan sebelum pergi. 

Eish, aku berharap~ " janganlah buat scene sedih kat sini". Penat sudah menumpahkan air mata semalam. Tidak!! There's no water will be wasted this morning. NEVER!. Alhamdulillah, meskipun bersedih-sedihan dan berbanjir-banjiran.. Aku masih gagah mengekang permata itu dari jatuh dgn adanya benteng pertahanan yang kukuh di mata. haha. Langkahanku diiringi dgn alunan nasyid Ammar.. Terngiang-ngiang lagi suara mereka di telinga. 

"Ukhuwwah yang terbina persi sekuntum bunga, meskipun kini kita terpisah dari kasihnya.. Namun cebisan kenangan kita, sentiasa bermain dipandangan mata. Detik waktu yg berlalu, menjadi memori kau dan aku"

BEAUTY. Buat sahabatku yg pernah menyatakan hasratnya ingin ke Mesir, doaku sentiasa mengiringimu. Buat kalian, nila suria, mira khalisa, amanina husna, syafiqah fisal, bdk2 praktikum H4P1 dan  sahabat-sahabat yg lain.. tidak pernahku lupa titipkan doa agar kalian mendapat yg terbaik dlm hidup dunia & akhirat.

"once you enter my life, yeah.. i'll call u as my fren & sahabat. n, sahabat, u must remember.. that i never try to forget you. because u'r my sahabat fillah, always beside.. to hold you.. walking through right path. insyaAllah. :)





bersama instrumen muzik akh kpd ain. Syukran sudi melayan karenah kami.

+ Satu ditambah satu menjadi tiga,bukan dua jawapannya. Kerna dua individu bergabung atas keimanan mereka, akan melahirkan sesuatu yg luar biasa. Hingga dapat mengubah dunia. Itulah sinergi kita. Sinergi manusia yang beriman kepadaNya. +

Tak mampu ku nukilkan setiap detiknya. Persahabatan ini, ku harap diikat keranaMu ya Rabb. Redhailah ukhuwwah ini. Amiin. 


Post a Comment

0 Comments