you never thought





Mereka berkata, senyum memaknakan ceria. Ketawa bermakna gembira. Sedangkan itu semua dusta. Sedang diri merasakan ketawa pembunuh cahaya, membuka kepada kemelut jiwa. Sering ku terduduk menahan esak setelah ketawa memenuhi dunia. Kerana ku tahu hati telah kelam dengan yang tidak sepatutnya. Sedu-sedan tiada siapa mampu mendengarnya, kerna tidak ku rasa manusia memahaminya. Aku merangkak mencari cahaya, sedang diri tidak mampu meluahkan itu pada manusia sekelilingnya.Sungguhlah haru.


Inginku hentikan hilaian ini, kegembiraan ini. Kerna disebabkan hal kecil ini, jiwa ku derita. Tiada siapa yang perlu dipersalah melainkan diri yang tidak cukup kuat untuk menghadapinya. Andai bersuara, mungkin tidak mampu didengar. Andai berbisik, sahabat tidak mungkin dapat mentafsir. Biarkan semuanya berlalu dengan alunan lagu syahdu. Ya Allah, hilangkanlah rasa beku di hatiku. Meski ku cuba berlari tuk menggapai cahaya itu.. Jarak seolah bertambah.. jauh, dan semakin menjauh. Andai aku dapat menamatkan semuanya hari ini.. Sungguhlah.. Allah.

Post a Comment

0 Comments