Bismillahirrahmanirrahiim..
Persoalan demi persoalan timbul di pikiran. Ehem, apakah perasaan kalian agaknya apabila di remove dari FB kenalan lama beberapa kali.. Lebih daripada 4 kali. Sedang kalian tidak ketemu satu alasan pun untuk "removal" itu. Apakah kalian akan meng"add" semula sahabat tersebut. Dengan penuh husnudzhon bahawasanya sahabat tersebut meng"deactivatekan akaun" & menyebabkan proses "remove" berlaku secara automatik? Adakah ini yang akan kalian fikirkan? Sungguh mulia hati kalian jika berfikiran sebegini. Subhanallah.
Sungguh, diri ini telah memperlakukan sahabatku sedemikian.. Setelah dia di"remove" olehku, dia "add" semula. Dan, telah aku meng"accept"nya. Pastinya beribu persoalan timbul di hatimu. Maafkan daku sahabat. Mungkin alasan untuk menjarakkan perhubungan, daku berikan andai dikau menanyakan "motif" tindakan. Tapi, nyatanya..tidak pernah dikau persoalkan tindakan. Realitinya, FB hanya wasilah mini utk perhubungan. SMS masih ada, untuk perhubungan. Melihatkan dikau tidak punya sebarang komentar atas proses "removal" &"acceptance", jadi selayaknya.. aku dapat menyimpulkan bahawasanya dikau tidak kesah dgn ini. ( maklumlah inikan tindakan kanak-kanak kurang matang sahaja)
Namun, ada ketikanya diri ini kesal.. Kerna aku jelasnya tidak suka jika aku diperlakukan sedemikian oleh orang lain. Jadi, mungkinkah dikau merasa dengan perasaan yang sama. Maaf jika ya. Sungguhlah tidak matang pemikiranku. Semakin hari, semakin dirimu ku hormati. Telah terhakis sikit demi sedikit dogma yang pernah tercipta dahulu. DIRIMU HEBAT.
Meskipun dirimu dilayan sebegitu rupa, namun tidak pernah dikau menyimpan sekelumit prasangka buruk terhadapku. Allahu yubarikfiik. Tatkala ku butuh bantuan, yang sememangnya dalam bidang kemahiranmu.. Dikau tidak menolak untuk membantu. Tika daku perlukan "postmorterm nafs", pandanganmu simple. Aneh sekali, dikau mampu memberi kata yang cool sekali. Kebaikan dikau nyatakan jelas, keburukan dikau nyatakan "ana xnampak mana". Allah, sentap. Sedang dimataku, dahulu.. banyaknya kelemahan dia. Tipu andainya aku katakan aku tidak tertawa dek merasa diri "zero" berbanding dirinya. Terima kasih sahabat, sabarnya dikau melayan karenahku. Walaupun tidaklah dikau memaksudkan qoute ini utk diriku, tapi... tetaplah ada sedikit "impact" yang dirasai.
Dirimu tak mungkin dapat ku selam kerana nature kita berbeza. Meski ingin ku dekatimu untuk perkongsian ilmu seperti dulunya, kini aku tahu. Ia akan menambahkan rasa bersalah dalam diriku. Dikau pernah menyatakan bahawasanya aku "harusnya lebih berani".. memperkatakan sesuatu straight kepada orang yang dimaksudkan.. tetapi dengan hikmahla. Namun, ketahuilah.. daku segan untuk mengatakan ini kepadamu. (ehhem, jgn dia jumpa blog ni sudahla "=.=). Terlalu baik dirimu untuk disakiti. Maafkan diri ini sahabat.. Ok, marilah boikot saya beramai-ramai. Benarlah kata mereka, anda berfikiran makro & saya pemikiran ruang lingkupnya mikro .
Wallahua'lam..


0 Comments