LOSER!

Bismillahirrahmanirrahiim ~
Peace be upon you, my brothers & sisters.

Detik ini, rajin pula mata berkelip. Tidak berasa "kemengantukan" walaupun hari sudah menjelang pagi. Insomnia agaknya. Mungkin juga terkejut dengan keputusan drastik untuk pulang ke Kelantan sempena Eid Fitri 2012. Entah, aku sendiri bingung. 

Dalam gembira + confuse, 
Dah terbayang: 


Bergerak meninggalkan Kuala Lumpur dengan tenang dan lapang. Namun, tiba-tiba. mataku tertancap pada foto ini :

Menyapu darah di tangan bapanya.
15.8.2012 Aleppo.
Selepas serangan ke atas rumah oleh mortar.

Sedang aku enak memikirkan kesenangan, saudaraku.. Nenda,Ibunda, Ayahanda, Kekanda & adindaku sedang menderita di Syria. Tatkala anak-anak muda sakan membedil udara dengan mercun, saudaraku menangis ketakutan mendengar ngauman mortar. Garang bunyinya mencari mangsa. 

Mortar Combat

 Mereka ingin sekali menyelamatkan diri. Tapi dimanakah bantuan? Mereka tidak mampu bergerak sesuka hati, padahal itu tanah, rumah mereka sendiri. Argh, sedang aku.. sewenang-wenangnya bergerak. Berjalan tanpa risau akan diheret ke jail, mahupun ditembak oleh askar Assad yang menyerang hendap.

Keep hiding. SCARED TO DEATH.

 Bagaimana keluargaku, saudaraku di sana. Mampukah mereka melelapkan mata walaupun mereka inginkannya. AllahuAllah. Adakah lagu "I'M NOT AFRAID TO STAND ALONE" akan terus ku dendangkan sekiranya menghadapi situasi seperti di Syria, Palestin, Myanmar.. Ataukah hariku kan dihiasi dengan ucapan "LAILAHAILLALLAH".. 

Kenyangnya aku,kenyangkah mereka. Peningnya aku menjawab exam, setandingkah dengan peningnya mereka.. yang perlu berfikir 1000x untuk makan, tidur. Sedapnya katil empuk, mampukah mereka merasainya. Sungguh, tidak adil bagi aku bersenangan tanpa memikirkan mereka walau sejenak. KEJAM.

Sahabatku, selitkanlah ayat ini tatkala membaca doa selepas solat. Ringkas, tapi penuh makna : 
"Allahumman suril Islam wal mujahidin fi Falastin, wa fi Iraq, Myanmar, Syria.. wa fi kulli makan wa kulli zaman birahmatika yaa ar-hamarrahimiin"

Biarlah ucapan ini menjadi amalan. Aku adalah LOSER sekiranya aku tidak meluangkan sesaat daripada masaku untuk sama-sama menghayati pengorbanan, kesakitan, keperihan saudaraku di negara tertindas. ALLAHUAKBAR!

Wahai sahabatku, sekiranya diberikan pilihan. Samada ingin menjadi "pemerhati kegemilangan Islam" / "penyumbang kegemilangan".. Manakan dijadikan pilihan hati? Sejujurnya, aku inginkan yang ke-2. Biar sedikit, kecil sumbangannya. Doa, bantuan kewangan, menghadiri & men"share" kepayahan.. Nampak kenit usaha kita. Tapi, sekurang-kurangnya.. gunakanlah kudrat yang kita ada untuk membantu mereka. 
"HARI INI MUNGKIN HARI MEREKA, ESOK LUSA, MUNGKIN KITA PULA"

Bila kitakan merealisasikannya??
 
Ingatlah bahawasanya, 
"kemenangan, kesejahteraan yang dimiliki sekarang bukanlah MUTLAK. Semuanya adalah dibawah kekuasanNya." 

Lailahaillallah!
  
 Apa daya kita untuk menolak sekiranya musibah ini berbalik & terkena kepada kita pula. Jangan mendabik dada akan keamanan yang dirasa. Jangan bongkak dengan harta & pangkat jua kuasa. Sekali Allah megatakan "kun" maka "jadilah" kita keadaan sebaliknya. Nauzubillah.

Ramadhan sudah mahu melabuhkan tirai. Tapi apakah nilai yang terserap dijiwa. Berjayakah atau tewaskah kita memaksimakan usaha pada bulan mulia, medan tarbiyah & medan perubahan. Lunakkah hati ini dengan zikrullah & terkesankah diri dengan kasihNya yang melimpah ruah.. Allahu Allah.

p/s: Semoga lecturer kami, Sir Ahmed Hassan Anjariny selamat pergi & pulang ke tanah airnya. SYRIA. Allahuyubaarikfiik ya mu'allim! Allahu musta'an wa yusahhiluka fi kulli 'amal. Hanya doa mampu kami sampaikan, mengiringi perjalananmu. Amiin ya Rabb!

Wallahua'lam.

Post a Comment

0 Comments