Back to basic!

Bismillahirrahmanirrahiim .. 

Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah. Terdengar berat keluhan yang dilepaskan, kemudiannya dia menggeleng. Pening orang dihadapan melihat keletahnya. "Ape cer terr.."



Dek semua perkara nak dikutip fikir. Yang kecil, yang besar.. yang bersangkut dengan diri sendiri, yang bersangkutan dengan orang lain.. Kait, tarik. Fikirkan semuanya. Diibaratkan, sudah tahu "perahu yang dikemudi bertampal, namun masih nak juga diturunkan ke laut". Kan, tak pasal-pasal bocor, tenggelam. 

Tiba-tiba lari, menyepi. Masuk gua untuk bersendiri. Segala masalah di compresskan kedalam satu ZIP file, namun apabila dibelek file.. Rupanya kesemua document & data bercelaru. "Hah, mana satu nak gapai ni. Yang ni nampak parah, yang ni nampak teruk. Erk, awlawiyat berterabur."

Bila ditekan, nampak bagai dipersalahkan. Heh, mulalah tak keruan. Nak salahkan orang tak sampai hati, akhirnya diri sendiri dihukum. Dipenjarakan. Maka jadilah dia banduan fikirannya sendiri. Apa yang bermain difikiran pada waktu itu, penuh dengan falsafah. Lagaknya seperti memotivasikan diri. Sebelum ini, method itu menjadi. Tapi kali ini, UP once. DOWN triple. 

Pelbagai experiment dilakukan untuk mencari method mana yang paling sesuai untuk menyelesaikan persoalan akar. "Aik, tak jumpa-jumpa ni". 2 bulan, masalah berlarutan. Everything, upside down. Solusi  tak ketemu, masalah pula menjadi-jadi. Muhasabah diri juga, menemui jalan buntu. Makin menatap, makin kabur. Yang semakin kelihatan adalah "you are the wrongdoer, you said Allah's blessing is your main purpose of this life, but your conduct is totally different." Jatuh lagi.

Itulah doktrin baru. "Aku salah, aku salah". Tetapi dimana usaha untuk membetulkannya. Sekritikal mana diri berfikir untuk koreksi jika dibelakang dilihat hanyalah punca. Dipersalahkan diri kerana puncanya, solusi tiada. Makin hari, makin parah. Sekali membelek al-qur'an, tenang. Berenggang sebentar, penyakit kembali menyerang.



Saat keparahan memerlukan treatment di CCU [critical care unit], sebuah mesej ringkas hadir menyentap hati. 

A: Kenapa sibuk mempersalahkan diri? Kenapa tumpu pada punca masalah, kenapa tidak difikirkan solusi? B, sedarkah B.. bahawasanya dirimu sedang mempersalahkan ciptaan & aturan Tuhan? Sesungguhnya isu besar disini adalah dirimu kurang bersyukur. 

Maka sedarlah B. Isu kecil, bersyukur, kurang dalam dirinya. Inilah jadinya, apabila berzikir.. hanya ingat "Astaghfirullah" tetapi kurang memuji, "alhamdulillah, subhanallah". Juz'iy. Kita kira bahawasanya sudah menggunakan akal untuk "dalil 'aqli" sebetulnya, namun.. minor fault cause major harm. 

Namun, bak kata Ust. Pahrol Juoi: "Apabila kita berbuat dosa, jangan pandang besar/kecil dosa yang dilakukan. tetapi, lihatlah kepada siapa kita berdosa. Iaitu Dia, pencipta kita. Allah S.W.T. Mungkin terhijabnya penyelesaian bagi suatu permasalahan adalah kerana hitamnya hati, pudarnya iman & taqwa kepadanya. Sengaja Allah berikan kesusahan, keperitan, supaya diri merasakan kemanisan tika Dia hadir bersama dalam langkahan. 


Post a Comment

0 Comments