Drama siang ikan

Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum.


Drama lepas makan tengah hari. Membuatkan kakak abang rasa beruntung, ada adik yang berdua ni.Ceritanya berbunyi begini;

Masing-masing kalut menghabiskan kunyahan nasi yang terakhir. Dua bayang laju, memanjangkan langkah ke sinki. 

Tak lama pergerakan tanpa bunyi. 

"Prak, prak, prak"
Kuat bunyi besen ditarik dari kabinet. Ditariknya besen ke kiri ke kanan. Gaya tarik tali -.-.

"Aiq nak siang ikan dulu."
"Kak uda nak siang dulu. dari tadi lagi orang siang ikan."
Haru, kecoh. Si kakak tekun, cuba menghadam. Apa yang nak digaduhkan sangat dengan menyiang ikan? 

Maka, terjadilah episod tarik menarik besen oren yang penuh dengan semangat. Kak uda mempertahankan besen oren berisi ikan cencaru seperti lagaknya ibu itik mempertahankan anak-anaknya dari diambil orang. Cuma bezanya, tak bunyi "quek, quek, quek." Hahaha.

Sekejap ja bertahan, Faaiq nampaknya berjaya merampas besen oren dengan bukaan langkah silat. Ditarik besen oren, dialihkan pula plastik ber'ikan' itu dari besen, menitislah air berwana merah ke atas lantai. Maka, bersuaralah si kakak diluar padang yang khusyuk melayan drama beremosi, menyuruh si adik mengelap darah ikan yang comot dilantai. Tak sempat melayan suara-suara halus untuk mengelap lantai, ikan selamat didaratkan ke dalam sinki oleh Kak uda. (Senyum kemenangan, sambil kaki tarik air lap lantai). Haha.

Nampaknya faaiq surrender dengan besen oren di tangan. Lalu mengubah laluan perjuangan, perlahan berjalan melintasi pemenang bagi mendapatkan sepaket kopi cappuccino di atas kabinet untuk dibancuh bersama air panas. Tak berhenti takat tu. Meraikan minat menyiang ikan dua adik bongsu, abi laju bertanya: 

"Faaiq, nanti abi beli 1,2,3,4,5 kilo ikan. Sianglah banyak-banyak. Faaiq nak siang ikan apa?"

Faaiq dengan muka muram durja, menyambut:
"Aaiq nak siang ikan jaws. (jerung)"


Maka, selamatlah si kakak berguling-guling ketawa melayan drama siang ikan selepas lunch.
Pelik, apa agenda budak berdua ni sampai berebut nak siang ikan T_T. Doakan mereka istiqamah. Boleh offshorekan servis siang ikan kepada si bongsu berdua. Hahaha.

Tak susah pun jawapan bagi ke'pelik'an karenah depa, memang dah adik beradik hobinya 'cari pasal' antara satu sama lain. Tak berbunyi, tak sah :p

Sekian drama 14 Jun 2015, Ahad. :) 


Watak utama drama siang ikan.

Post a Comment

0 Comments