The Pilot

Bismillahirrahmanirahim.

Dah genap 3 minggu berkampung di rumah dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Kerja pun dari rumah je, a.k.a Work From Home. Ada juga yang dapat cuti bekerja, cuti sekolah. Boleh kata terlebih masa lapang la sepanjang PKP ni sebab tak digalakkan keluar. Kalau boleh tak perlu keluar pun, piat telinga nanti karang.

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas, bersembang dengan ummi dan kakakku mengenai sebuah movie China yang diadaptasi dari kisah sebenar**, yang agak tragik dan dahsyat. Ummiku kata scene dia realistik sangat sampai tak berkelip, mendebarkan gituhh. Jadi, beberapa hari yang lepas, baru menyempat kutonton movienya.
**(https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/426086/amp)

"Astaghfirullah tengok movie,  melagha je ke masa free. Buat la benda lain yang lagi bermanfaat."

Jangan risau. Bukan tengah movie marathon pun, movie ni seketul je yang ku tonton. Dan disebabkan genre movie ni tak meragukan, so, proceed~ The Captain tajuknya. Ni overview movie tu:
Passengers and crew aboard a Chinese airline start to panic when the windshield shatters shortly after takeoff. As the temperature plummets and people lose consciousness, the strong-willed captain does whatever he can to land the plane safely.





Kalau baca overview movie ni (seperti yang tertulis di atas), semestinya ada babak saspens disebabkan sesuatu terjadi tanpa dijangka dan semestinya keadaan dalam kapal terbang masa tu sangatlah kelam kabut dan penumpang panik. Macam-macam yang terjadi kepada penumpang- terhantuk, sesak nafas, mabuk dan muntah. Jadi, semestinya masing-masing panik.

Tetapi, lain orang, berbeza reaksinya walaupun panik. Ada yang menangis, marah, memberontak, dan ada yang memilih untuk bertenang dan diam. Krew kapal terbang semestinya berperanan penting untuk menenangkan penumpang. Yang buatkan diriku terpaku sekejap bila ayat ni diucapkan "Please trust our captain."

Kenapa?

Hidup kita ini boleh dianalogikan dengan penumpang kapal terbang yang ingin ke sesuatu tempat, dan kapten penerbangan atau juruterbang kita tak lain tak bukan, iaitu Allah.

Setiap daripada kita ada destinasi tersendiri iaitu impian dan matlamat. Untuk menuju ke arah itu, pelbagai rintangan yang kita akan tempuhi. Bila Allah uji, apa reaksi kita? Tipulah kalau 24jam sehari kita boleh 100% redha dengan ujian yang Allah hantar. Paling kurang pun, mesti ada sekelumit rasa kecewa dan keluhan yang terlintas dalam hati.

"Aku dah belajar sungguh-sungguh, kenapa exam tak score? Ujian apa lagi ni ya Allah?"
"Aku dah hantar resume banyak, interview pun sudah, tapi takde kerja yang lekat. Bila la Engkau nak bagi aku dapat kerja ni ya Allah?
"Aku dah solat istikharah, solat hajat, tapi kenapa orang yang aku sayang kahwin dengan orang lain? Kenapa Engkau tak dengar doa aku ya Allah?"
"Mak ayah aku meninggal. Engkau ambil mereka di saat aku sangat perlukan mereka. Mana lagi tempat untuk aku berkasih sayang ya Allah?"

Bila diuji, manusia ni, mana pernah lari dari keluh kesah kan? Allah dah sebut dalam surah Al-Maarij ayat 19-21:
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir."

Pernah juga ku tonton animasi Islam Indonesia, Nussa yang meninggalkan nasihat yang menarik hatiku untuk menyimpannya, berkait rapat dengan keluhan.


(https://youtu.be/rA1UA6CvyM4)




Ada sebuah video inginku dikongsi bersama, yang akan ku terlintas untuk tonton bila datang perasaan down dan teramat risau dengan ujian hidup: https://youtu.be/jwHEZv3UCzs

Allah tahu kita sedang kesusahan, Dia tak akan membiarkan kita susah dan Dia sentiasa aturkan kesenangan dalam kesusahan kita. Lupakah kita?

Allah tahu kita lemah. Dia hantar ujian sesuai dengan kekuatan kita supaya kita sedar yang sebenarnya kita mampu lebih dari yang difikirkan..dan dengan menempuhi ujian itu Dia akan angkat darjat kita lebih tinggi di sisi Dia. Lupakah kita?

Allah tahu apa yang berada jauh di hadapan, di tepi, dan di belakang kita. Walaupun kita tertarik dengan keindahan sesuatu di hadapan kita, Allah tidak izinkan untuk kita milikinya kerana Dia ingin beri sesuatu yang jauh lebih indah untuk kita di hadapan. Lupakah kita?

Allah lah 'juruterbang' untuk perjalanan hidup kita. Dia dah masak-semasaknya mengenai perjalanan hidup kita. Lupakah kita?




Ujian itu hadirnya dari Allah, jadi untuk mengharunginya kita harus kembali kepada Allah. Usahalah untuk bangkit dan disertai dengan doa, in shaa Allah ada berkat dan rahmatNya. Bak kata Ustazah Asma Harun dalam salah satu ceramahnya**,
**(https://www.youtube.com/watch?v=ZovkjMUqO5s&feature=youtu.be)

"Doa (ketika tahajjud) adalah doa yang diyakini dan paling mustajab doanya, bila kita minta, kita akan dapat direct apa yang kita minta tapi mesti disusuli dengan usaha. Tapi kalau kita ini lebih kepada usaha sahaja, lupa nak berdoa kepada Allah, kita bimbang walaupun kita dapat tapi bukan dengan kasih sayang atau rahmat Allah. Akhirnya, yang kita dapat, kita sandarkan kepads usaha kita.

"Macamana kamu boleh kaya?"
"Saya bekerja tak berhenti. Saya dari muda dengan isteri bekerja keras, inilah hasilnya."

Akhirnya dia menyandarkan sesuatu kepada usaha dia. Dia lupa yang memberikan rezeki adalah Allah Ar-Razzaq."





Yakin dan teruslah bersangka baik dengan Allah dan aturanNya.
Indeed, we are just the naive passenger and He is The All-Knowing Pilot.


Post a Comment

0 Comments