Kolej Matrikulasi Selangor 2010

Bismillahirrahmanirrahiim~

Seperti yang dijanjikan, telah ku uploadkan gmbr-gmbr Kolej Matrikulasi Selangor. Buat tatapan mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana. Kolej ini terletak di mukim Jugra, Banting, Selangor. Walaupun banyak kemudahan belum lengkap, tapi alhamdulillah.. semua pelajar masih dapat hidup dengan aman~ 




InsyaAllah, teknologi pembelajaran di sini serba hebat, up to date dan memudahkan. Kolej Matrikulasi Selangor " pelopor akademik". Kolej Matrikulasi Labuan, "pelopor sukan". Bulan Julai ini bakal diadakan KAKOM. Pelajar KMS, sdg bertungkus lumus utk merampas piala sukan daripada K.M. Labuan & Johor.
Merka menggelar KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR sebagai "KOLEJ MATRIKULASI  SAYUR".. kenapa..? kerana KMS masih baru, hijau dan hanya layak utk dijadikan ulam ketika makan. Bermaksud, mereka memandang rendah pada potensi kolej kami..

Para pensyarah, pada hari briefing tntg sukan & KAKOM (karnival kokurikulum) berucap dgn penuh semangat. Memang masa ni, semua bangkit dan bersemangat! antara yg diucapkan..

Encik A:
Kwn2 saya di K.M Labuan semua pakat bagi mesej kat saya (psycho). Mereka kata.. banyak bola sepak KML dah pecah dek kesungguhan pljr2 berlatih utk KAKOM. Net sepak takraw terkoyak dek kuat libasan bola olh pljr2.

"Saya tak berani nak jawab mesej2 tu, kerna saya masih tak nampak sinar kejayaan di KMS. Namun di sini ingin saya bangunkan adik2 skalian. Jom kita berusaha & berlatih habis-habisan. Jadi nanti saya dapat jawab.. " bola sepak di KMS terpaksa ditukar setiap hari kerna kerap pecah, gelanggang squash terpaksa dibaiki kerna terdapat bnyk lubang dek pukulan pljr2. Ha, bolehkah kamu semua sahut cabaran ini..? Buktikan bahawa kita bukanlah KOLEJ SAYUR! Mari kita jadikan KOLEJ MATRIKULASI LABUAN = KOLEJ MATRIKULASI LAUK." Kita akan menjadi yg terhebat jika kita dapat menjuarai KAKOM, kerna kita adalah 'pelopor akademik namun berjaya memonopoli sukan juga'.

Memang gamat dewan, gegak gempita. Semua bersorak. Semangat2. Hatta sekarangpun, pljr2 masih giat berusaha utk memastikan impian KMS menjadi kenyataan. GAMBATE NE!

Wallahua'lam~





Post a Comment

4 Comments

ijalceritera said…
KAKOM macam KAKUM?
KAKUM sekolah...
tak. KAKUM kita ni antara students kita je. KAKOM,melibatkan semua pelajar di seluruh matriks Malaysia. Lagi hebat, cabaran lbih kuat.
afifah said…
ermm..kat KMS ada wifii tak?
dkt KMS ade wifii. jgn risau :)