Three unpredictable boys and an incredible princess


Bismillahirrahmaanirrahiim~   

   They had grown up very well, experienced it with lots of laugh, naughtiness and tears. They swallow every single word from their sisters without feeling guilt. Oh Allah, we’re dying to teach them the rights and wrong! (They are still at this stage, but they become more brilliant, Alhamdulillah~) ..

Credit to: A’qil, Faqiihuddin, Naqiyyah and Faaiqussalam ^^

Ramadhan Kareem.. Allahuakram!

   10 malam terakhir yang dinanti kembali lagi.. Subhanallah, perubahan demi perubahan dapat dilihat pada diri 4 orang adikku ini sepanjang perjalanan Ramadhan. Tenang rasa hati, bila setiap kali azan subuh & isya’ berkumandang, 3 little boys ini bersegera siap utk g ke surau mengikut abi. Mereka  jalan kaki,menambah rimbunan  bunga pahala dengan setiap langkahan ke surau. Mulanya dulu, mereka excited utk g masjid bagi menyantap “morehnya”.  Kini tak lagi. Pagi tadi aku terdengar perbualan adik-adikku tika A’qil sedang mengiron baju sekolah:

Faqiih : Orang tak sukala dengan budak kat surau tu. Suka sangat perlekeh kita.
A’qil   : Ala Faqiih,awak mafkan je diorang tu. Tula sebabnya abi suh kita g masjid, dpt rapatkan       hubungan dgn org-org macamtu. Lah, lps solat kita senyum  & salam je dgn dorg. Lama-lama dorg baiklah dgn kita. Jangan simpan dendam.

******Aku termangu seketika*****

   Banyak hikmah dibukaNya saat bdk2 ni melangkah ke surau. Mcmhritu, abi diamanahkan utk menjdi imam solat isya’ & tarawih di surau batu 6. Hanya A’qil yg dibawa bersama. Seusai solat, abi sampaikan sdikit tazkirah. Alhamdulillah,setelah sekian lama tidak bertazkirah sesemangat itu.. abi Berjaya membuka mata A’qil.

  Sehabisnya halaqah di surau itu, A’qil & abi balik. A’qil dgn semangatnya berkata..

A’qil : K.long, td abi bagi tazkirah semangat oh! Semuaorg yg menguap wktu tarawih tu celik mata dgr apa yg abi ckp.
Me: Baguslah macamtu. Awak terkejut ke tengok abi ckp kat dpn macamtu?
A’qil : Yelah, biasa abi kat rumah bg nasihat lps maghrib..biasa-biasa je. Tu la.. kalu org nak cakap mcm abi kt depan tu.. aish..
Me: Hahaha…A’qil2

   Alhamdullilah  Allah telah bukakan side abi sebagai pentarbiyah masyarakat di mata A’qil setelah lama watak dirinya tersembuyi,disebalik kesibukan urusan kerjanya.

*****Aku tersenyum sendirian*****

Beberapa minggu selepas itu,kami dihampar dengan berita gembira dengan kejayaan A’qil dalam trial UPSR.

Faqiihah :  K.long, A’qil dapat 5A trial. Kita dulu dapat berapa? Orang  4A je weii…
Faaiqah  : Orang pon dapat 3A je ha… ish2 terernya A’qil . Gempak arh..
Faqiihah : K.long, awak tak rasa tercabar ke?
Me        : Hahahaha, zaman orang dah berlepaslah. Tak leh baiki apepun kalau nak menyesal.
Faqiihah : Tahu tak,tadi orang tanya A’qil. Apa rahsia awak Berjaya? A’qil cakap “Orang maafkan semua orang yang pernah hina orang ,orang tak simpan dendam dalam hati. Tak kiralah cikgu ke ,keluarga&adik beradik cakap apa pun”. Lepastu, “biarlah dah lambat mana,susah mana pun..solat lah..jaga hubungan dengan Allah.Jangan tinggal solat”. Korang! Hebatkan? Orang tak pernah terfikir pun macam dia. Orang dulu, fikir buat latihan latihan.hahaha
Faaiqah : Orang pun owh..haha
Me         : Hahaha..

*****Aku kagum sebenarnya,Allahuakbar! Dirinya dibawah takhlukan tarbiyah****

Faqiih pula,dah nampak sidenya yang bijak menyusun diri. Memadangkan dia, faaiq & Naqiyyah adalah anak ke 6,7 dan 8… Segalanya mengharapkan ummi dan kakaknya, menguruskan pakaian sekolah mereka..Tapi,sejak kebelakangan ni ….bermula Ramadhan… Faqiih sudah mula ‘mengiron’ baju sendiri. 

Sedang  Faqiih tekun ..

Thaqiifah : Faqiih , awak gosok lendit macamana pun… nanti kedut jugak.
Me           : Awak ni kenapa kak chik? Biarlah dia, baru nampak kemas!
Faqiih      : Hmmm, yelah..(gaya Mail dalam cerita upin&ipin)

Keesokannya pagi, setelah selesai mengenakan pakaian sekolah. Sebelum mengangkat beg sekolah..

Faqiih : k.long, kedut tak baju orang?
Me      : Tak…
Kemudian, dia tersengih dan terus mengambil beg sekolahnya.

***** Tak sangka dia secerewet itu  =) ******

Bukan tu je, A’qil & Faqiih sangat pandai mengajuk gaya percakapan & bahasa badan orang sekelilingnya. Dek kerna tulah, rumah kami riuh 24jam =). Jikalau lalu di depan rumah kami, jangan ditanya dekah ketawa siapkah yang bergema? Kerna tulah mereka…spontan seperti biasa.. =) mimik muka , intonasi suaranya..mantop! tak boleh nak kata..hahaha. Haritu, kami kakak2 menjadi mangsa ajuk mereka.

A’qil    : Eh2, korang tengok ni . K.long kalau dia marah ,*dengan kening terangkat sebelah* dia cakap ”Alasan!”.
Faqiih : K.ngah plak,suka cakap “pun boleh~”
Both A’qil & Faqiih : K.lang,*gaya tangan sedikit gedik* “daaaaaa~”
Faqiihah : Taklah,”Euuuwwwwwwwwlah”
A’qil        : Kak Chik,*tunduk kepalanya sambil tanganya diangkat paras bahu dan gerakkan tangan seolah2  pergi-pergi main jauh*  “jauh sikit!”

*****Ketawa terhambur lagi melihatkan keletah mereka*****

   Naqiyyah, the only princess between them. Segala kualiti yang ada pada kakaknya tidak boleh tidak,pasti ada sedikit pada dirinya. Sejak 4 tahun, dia sudah rajin pandai masuk ke dapur untuk membantu..segala benda ingin dibuatnya, basuh pinggan , goreng ikan, basuh baju. Bila besar sikit, dia dah pandai siang ikan,masak nasi. Aku tersenyum mengenangkan kemampuannya.

*****Sebab dulu kitorang tak macamtu,tak multiskill “=.=*****

   Hmm,semenjak dua menjak ni..tak tahulah penyakit berjangkit apa yang merebak dalam rumah ni. Kak lang sibuk dengan dunia crosstichnya manakala kak chik taksub dengan jarumya..mengait tak kira masa.Disebabkan ketaksuban kedua2  kakaknya, Naqiyyah tertarik untuk belajar mencuba..bagus2.haha. Kami dulu, on &off je mood nak belajar benda2 ni. Pada satu malam,

Naqiyyah : kak lang ajar orang crosstich. Cantiklah awak buat istana.
Faaiqah    : Meh sini, orang ajar cepat.

******Berkat kesabaran & kegigihannya,dia berjaya menjahit bunga******
  
 Tak lama selepasnya, tika aku dan k.chik menyibukkan diri dgn praktis basic mengait, dia..

Naqiyyah  : K.long, best je orang tengok awak buat .Nak, nak buat.
Me             : Cni…
****She is awesome =)****

   Sementara…Faaiq si kecil bongsu . Dengan kerenahnya…

Setiap kali dikejutkan sahur, payah sungguh untuk celik mata . Namun sejak kebelakangan ini:-

*Kelihatan ,dirinya mencari jubah untuk ke surau*
Faaiq     : Ummi, tolong gosok jubah Aiq..
Ummi   : Meh , bagi ummi

   Dia bersemangat memandangkan abang2nya juga akan pergi bersama.Alhamdullilah.

A’qil menceritakan tingkah laku Faaiq kepada ummi. Tika di surau,

A’qil  : Ummi, tahu tak Faaiq kat surau bajet alim. Kat rumah punyalah gerak2 ,main. Tapi kat sana..ish2..ish. *sambil menggelengkan kepala*  Semalam ,ada  murid ummi tanya Faaiq waktu solat.”awak anak cg.Marini eh?” first2 dia senyap je tak jawab. Teruskan bacaan solat. Second time pon . Tapi bile third time budak tu tanya, faaiq angguk mi! Aduhh, ROSAK!! Hahaha.. A’qil ngan Faqiih terus gelak. Habis batal solat.

*****Hahahaha ok bagus2*****

_____Sekian , kisah 4 incredible Hulks____
Wallahua’lam, tak tahulah tang mana yg boleh diambil moralnya. Yang mana dirasakan baik, sama2lah konsistenkan.. yang mana yang tak berapa nak baik tu, kite campakkan ia ke dasar perut bumi. Okeih J



      

Post a Comment

4 Comments

AnakPakZohar said…
perubahan tu dilihat dalam bulan mulia ni ke? alhamdulillah.. =)
Anonymous said…
subhanallah... that's the miracle which can happen in ramadhan kareem.. wish the same things will happen herein ST too !!!
ameen2.. Allahuakbar! Miracle that showed His power.. lets pray :)for the continuity.