Bismillahirrahmaanirrahim ~
Through the window of my eyes
Memories of being a child
I was never afraid when
You were by my side
And I grew without a care
Knowing you were always there
To protect me, to raise me.
What would I be if not for you?
Teaching me how to live and grow
Now I can only hope
That I have made you proud
Oh how little thanks e show
To our lord who has bestowed
Rabbanaghfir warhamhuma kama rabbayani sagheera ^^
[Talib Al-Habib- Song of Experience]
7 OCTOBER 2011
Lahirlah hamlatul qur'an yang ke-2 di dalam keluarga kami. Mabruk 'alaikuma. Ya Faqiihah Nasary (2010) & Faaiqah Nasary.(2011). Tiada yang lebih bermakna bagi kedua ibubapa melainkan melihat kejayaan anak-anaknya. Harapnya, qur'an di dada dapat memberi manfaat kepada ummat seluruhnya juga syafaat tika dihitungNya.Meskipun perit memulun menghabiskan muqarra, kalian utuh demi menghabiskan hafalan. Walau jatuh, tetap tidak berundur. Bukan kami tidak tahu sakitnya tadhhiyyah yg kalian lakukan, kami tahu.. pedih & perit. Tapi, diakhirnya.. kalian bisa menerjah hikmah disebalik dugaan. betulkan wahai sahiba?? Ingatlah, "biar terbuang, jangan lelah berjuang". Abi & ummi kita, mungkin tidak dapat mewariskan harta seperti mereka-mereka yang berada, hidup kita sederhana.. Mereka hanya mampu berikan pengorbanan, utk ilmu yg kita dahagakan.Wahai adindaku, penatnya kita.. tidak tertanding dgn masa, wang dan cinta yg mereka limpahkan. Jadinya, "sebarkanlah ilmu yg ada walaupun sepotong ayat" mungkin tak nampak buahnya di dunia.. tapi, yakinlah kita sdg membaja benih-benih berharga di akhirat sana. Allahu yubaarikuma.:)
1 NOVEMBER 2011
Andainya sewaktu kecil, merekalah org yg bersusah payah menyusun majlis "surprise" utk kami. Hari ini, sedikit masa kami korbankan demimu abi tercinta.Tahun ini, usiamu genap 48 tahun juga cukup 20 tahun usia perkahwinanmu. Bermakna, 20 tahun sudah dikau memerah keringat demi keluarga. Disampingmu ada peneman yang sungguh setia, ummi sang mentari yg tidak pernah malap.

Usiamu kian meningkat, maka bertambah juga pertanyaan yg bakal dihadapimu di hari menanti. Teringat kata-katamu wahai abi, "selekeh manapun seorang lelaki tu,persoalan amanah yg ditanyakan pd mereka di SANA adalah sgt berat".. Maksudnya, seteruk manapun seorang insan bernama lelaki.. Amanah yg dibebankan di dunia, tetap akan dituntut di mahsyar. Jangan pandang mereka dgn sebelah mata. Hm, ia reflek dirimu jua abi. Doa kami sentiasa ada untukmu, moga dipermudah segala urusan dunia & akhiratmu..Taqabbal du'aana ya Rabbul Jaliil..

7 NOVEMBER 2011
Jaulah family ke Tutti Frutti. Setelah sekian lama tak bersantai sambil menikmati kesedapan ice-cream yogurt.. Akhirnya.. Pada malam Isnin, kami ramai-ramai menyerbu tutti frutti prima sri gombak. Nyaman~ Membekukan diri di sana. Memandangkan tahun ini banyak peristiwa bersejarah,jadi berbaloilah berbelanja di sini.
Memang xdinafikan, kami tiada kesukaran utk berkumpul sekeluarga. Sebabnya, semua belajar dekat2. U pun, dekat.. Alahai, UIA Gombak.. Yang lain pula, still menadah ilmu di Al- Amin Gombak. Ya.. sangat amatlah dekat. Namun, bukan mudah nk meluangkan masa bersama di luar. Tatkala budak2 sekolah bercuti, yg di U masih meneruskan perjuangan mereka di kampus masing-masing. Ni juga sebagai hadiah birthday Faqiihuddin (anak ke-6) yg dilahirkan pd 11/11/2000 secara xlangsung. Btw, tahun ni tarikh lahir dia cantik 11/11/11. Faqiih! moga dirimu menjadi aset berguna buat keluarga,agama & negara. Jadilah seperti Uwais Al-qarni..tidak dipandang tika di dunia, tetapi menjadi tetamu mulia di langit sana.10 NOVEMBER 2011
Hari ini pastinya menjadi kenangan terindah buat adik lelaki kami yg sulung, A'qil Nasary. Sedang kami membzkan diri di sekolah, debaran mengiringi jiwanya. Habis ber'exam', runsing pula dgn keputusan yg bakal diterima. Jemu sudah telinganya mendengar orang sekelilingnya berleter..SEBELUM EXAM: A'qil, belajarlah! Awak ingat exam UPSR lambat lagi ke? PEKERTI (madah syariah) dah habis baca ke?
SELEPAS EXAM: A'qil, awak buat solat hajat x? awak fikir keputusan tu mudah-mudah ke bagi straight A's?
Barangsiapa tidak punya kesabaran melangit, pastinya akan "panas" dgn desakan-desakan ini. RIMAS. betul? hm, bila lagi kan? ni lah masanya, diusia remaja inilah kita perlu diajar dgn disiplin. Bila dah naik dewasa.. tiada lagi org yg akan meng"push" & memperingatkan macamni. Mungkin sekarang kita boleh buat xpeduli, tapi satu hari nanti.. percayalah, keadaan inilah yg paling dirindui.
Setelah sekian lama bergelut dgn tekanan, akhirnya.. pada khamis, 10/11/2011.. Ummi & abi mengiringi A'qil ke sekolah utk mengambil slip peperiksaan PEKERTI. Pada awalnya, umi & abi xingat tarikh ni. Namun, stlh diyakinkan dgn seyakin-yakinnya oleh A'qil.. Maka berangkatlah mereka dgn serangkap doa buat anak itu. 'ALLAHUMMA LA SAHLA....". Setibanya di sekolah, mereka bergerak seiiring. Tapi,sesampainya ke destinasi.(makmal, tmpt ambil result PEKERTI). Hanya parents yg dibenarkan msuk. Jadinye, A'qil hnya mampu mengintai melalui tingkap-tingkap yg xbrapa lut cahaya. Saat yg mencuakkan..
Disebabkan xdpt masuk, maka A'qil bermain isyarat tgn dgn abi. Pada awalnya, abi menunjukkan 5 jari.. menandakan 5A's. A'qil pasrah.. Tp, isyarat itu tidak berhenti.. 3 jari lagi diangkat.. menjadikan keseluruhannya.. 8 A's. ALLAHUAKBAR! A'qil terpaku. Usahanya terbayar. Dia mendapat straight A's utk pelajaran syariah..Dan dia tergolong dlm 14 org pelajar cemerlang PEKERTI. Alhamdulillah.Abi mengisyaratkan kepadanya supaya membuat sujud syukur.. Namun, debaran xterhenti disini. Keputusan UPSR bakal menyusul.. Moga dikau mendapat kejayaan selari dgn usaha yg diletakkan. Amiin, insyaAllah. Biiznillah.
8 NOVEMBER 2011
Allahuakbar..allahuakbar. Alhamdulillah, lahirnya disambut dngn laungan azan. Tahniah buat pak uda & mak uda atas kelahiran cahaya matanya yang pertama. Saat kami menulis, usianya xsampai lagi seminggu. InsyaAllah, mengikut sunnah.. hari ke tujuh, bayi ini akan diberikan nama. Nanti kami update, biiznillah.
Setelah hampir 2 tahun xberjumpa dgn teman-teman persekolahan.. Akhirnya kami berjumpa semula di Wangsa Walk utk ber"bowling". Terimbau kenangan di zaman jahiliyyah & renaissance. Jazakumullah amirah zulfa mohd zaid, fathimah az-zahra' shahrel, athirah tuan yaacob, khadeeja amerudin, sajidah darus & siti aisyah nordin. :)
2012
3 beradik (banat) bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengawas sekolah. Meneruskan tugas. Adik-adik, tajdid niat sebelum memulakan kerja. Percerahkan objektif & agenda sebenar pergerakan kita. Rabbuna yusahhilna insyaAllah. Amiin.



2 Comments