Bismillahirrahmaanirrahim ~
Assalamualaikum pembuka bicara.
Saat jari ini menekan papan kekunci, fikiran melayang .. merewang. Dia, aku terkenang dia yang bergelar sahabat. Dia yang menukilkan kata-kata ini tika aku lupa akan hakikat perpisahan
" Yang jauh akan datang dekat dgn kita, yg dekat akan berjumpa, yang berjumpa akan berpisah, yang berpisah akan merindu,yang merindu akan sentiasa mendoakan -Andai aku tahu betapa peritnya perpisahan, takkan aku berharap utk sebuah pertemuan- ~ Saidina Umar Al-khattab~"
Sekali lalu, aku cuba mencerna. Apakah ini? Aku sekali lagi cuba memahami. Argh, biarkan. Tapi ini cukup utk menggelisahkan hati. Dia bukan seperti teman yang ku kenali di sekolah dulu.Aku coretkan ini, kerna aku tidak pasti bilakah saatnya kami semua dapat berkumpul kembali.
Entah kali keberapa, aku mencari kesalahan sahabat ini. Entah berapa kali dia tercalar dek kata-kata tajamku yg semakin lama-lama kelihatan semakin menghukum. Aku sendiri seolah-olah enggan mengiranya. Meskipun tangan enak menulis, fikiran bnyk memberikan fakta & auta, jauh di sudut hati ini turut terasa sakitnya menyenaraikan kesilapan yang entah benar dia lakukan ataupun tidak. Aku hanya melihatnya sekilas pada saat perkenalan, bekerja dengannya xsampai sebulan.. Tetapi bualan teman-teman kian merancak mengatakan engkau pesalahnya. Karakter dan peribadi yang dikau bawakan ini tidak sepadan dengan taklifanmu. Pada mulanya aku menolak dari membuat sebarang persepsi, namun apa daya manusia selemah aku.. Kan akhirnya mempercayainya juga.Apatah lagi banyak bukti jelas yg dibentangkan.
Aku tahu tanggungan yang terbeban itu berat, aku terkadang penat mendengar laporan2 tentangmu, sahabat. Aku bingung, apa yang wajar aku lakukan tika berada di dalam dunia matrikulasi itu. Namun, setelah kaki ini menjejak keluar.. aku membina kekuatan luar biasa utk memperkata apa yg selama ini ku diami. Mesej pesanan ringkas xmemadai utk coretan komen dan harapan, jadi emel menjadi alternatif terbaik untuk meng'efektifkan' perbincangan. Entah kenapa, sahabat ini xmemberi sebarang balasan bagi persoalan dan tuduhan yang dicatatku. Aku bertambah bingung. Argh, adakah aku bersalah lagi?. Bukan sekali aku suarakan pandanganku tentang kesilapan dirinya. Nmun dia tetap berdiam. SALAHKAH AKU?
Namun, dialah. Dialah yang banyak mengajarku utk membuat langkahan matang. Di saat kaki memulakan langkah di dunia pengajian yang baru, dia memperkukuh bukti yg keputusan ke UIA adalah benar. Buah fikirannya yang simple membuatkanku selesa bermunaqashah dengannya. Kami sangat jarang berhubung, tp terkadang ada kemusykilan yg suka aku minta pendapatnya. Kebiasaannya pandangannya berbeza. Aku, tidak gemar utk berselindung dan aku lebih suka kenyataan yang jujur. Dan itulah dia. Dahulunya ego, sekarang juga.. tapi kerna jujur, aku jadi hormat padanya. Seringkali aku menimbulkan isu, dan aku berharap dia mengutarakan jawapannya. Namun, jarang sekali dia memberikan jawapan yang jelas. Jawapannya juga berbentuk persoalan,penuh kias yg kadangkala payah utk mentafsirnya.
Tika akal sudah kurang ketepatannya, pasti ada kata-kata yg diutarakannya utk difikirkan. Aku pandangannya straight, dia pula berpandangan abstrak. Di masa aku merasa buntu, koreksi diri membawa rebah, aku kian kelam dgn potensi diri. Aku tertanya2 apakah agaknya tindakan yg akan diambil insan lain utk menyelesaikan krisis itu. Lantas, balasan mesejnya.. "Jangan terlalu melihat, pabila merasa akan kebencian, lihatlah pada langit pasti ada yang mendoakan ketenangan" . Dia juga menyentap hatiku dengan mengatakan " seorang mu'min adalah cermin kepada mu'min yg lain. Tetapi, cermin adalah cermin, aku tetaplah aku". Lama aku berfikir, dia menambah lagi, "cuba kau lihat pada cermin, tatkala dikau mengangkat tangan kanan, tangan manakah yg ditunjuk oleh cerminan?". Kenyataannya yg sebelum ini tidak dapat aku tafsirkan ditambah lagi dgn kenyataan yg baru. Aku terdiam, biarkan diri berbicara sendiri. Bait kata-katanya mengaktifkan kesemua neuron-neuron minda yg sekian lama berpesta. Perlahan-lahan cuba ku selami. Seberapa ketika, aku berjaya membuat takwilan. Aku dapat memproses separuh dari maknanya. Lalu, dia membalas dgn mengatakan.."ahsanti ya sahibi.Ashabi kal nujum. Rasulullah dahulu, menangis kerna sedih melihat kesusahan dan keperitan hidup sahabat-sahabatnya". Aku hanya mampu menyambut, "Allahuakbar, hebatnya dia..Rasulullah".
Aku sedar dengan fakta lagi, sahabat ini.. telah banyak aku sakiti, tapi dia xmenunding jari mengatakan aku salah mengatakan itu ini. Malah dia counter pemikiranku dengan hemat. Juga menyebabkan aku termuhasabah dengan penyataan2nya. Dia adalah wasilah bagi menyampaikan mesejNya. Terlalu banyak khilafku padanya. Meski memohon maaf, aku tetap merasakan sakit dan bersalah atas kenyataan yang mempersalahkannya itu.Dikala aku berterusan meminta maaf darinya, dia mengatakan, "tak baik mempersalahkan diri, bukankah ini peringatan kita bersama". Aku terkedu.. Subhanallah.
Sahabat, meskipun aku tidak pernah mengucapkan terima kasih secara jelas. Aku ingin dikau tahu bahawa aku bersyukur dihadirkan sahabat sepertimu. Aku bimbang & segan utk mendepanimu, terlalu banyak khilafku. Tika di matrikulasi, aku lari dari taklifan, dan meninggalkan sahabat-sahabat yg mantap utk berdepan imtihan. Namun, aku tenang kerna ku yakin kalian pasti dapat mendepaninya. Aku melangkah pergi dari bumi matrikulasi tanpa mahu mengucapkan "selamat tinggal kerana batinku menjerit, aku akan kembali". Perpisahan itu perit.
Peluang kedua utk bertemu mata,tidak mungkin ku persia. Program ukhuwah yg meletakkan aku sebagai fasilitator memberikan ruang utk ku mendepani ketakutan ku yang dulu. Aku kira aku kan berjaya stay hingga ke akhirnya. Namun, tamrin itu telah ku tinggalkan pada malam sehari sebelum penutup programnya. Sungguh, benarlah. Aku tidak mampu menempuhinya. Biarkan perpisahan itu tidak diakhirkan dgn ucapan "ma'assalamah, tetapi.. diakhiri dgn ilal liqa'".Kini, semua membawa hala tuju masing-masing. Bilakah lagi kita kan bersua lagi. Meskipun kita masih dalam capaian teknologi, tapi kekerapan berhubung tidak seperti dulu lagi. Masing-masing membawa agenda dakwah di bumi pengajian yang baru. Kadang-kadang, terasa ruang masa & waktu akan memisahkan kita.Tapi,aku masih percaya bahawa doa itu rabitah kita. Mana mungkin ku lupa, kerna itu janjiNya yg memegang hati kita. Namun, hari ini.. sahabat, aku merasakan aku terpaksa berlari utk mengejar langkahmu. Tidak mengapa, aku telah merelakannya kerna dalam masa yang sama aku mula mencari rentak langkahnya.
Apabila hati sudah terikat untuk menyayangi.Tiada kata yg boleh diperkata, selain "aku tidak mahu mereka disakiti. Jangan benarkan mereka dikhianati". Maka apabila mereka berubah, aku hanya mampu menduga " mereka berubah utk yg lebih baik, dan meninggalkan aku keranaNya". Moga perubahan itu membawa anda ke jalan yg lebih baik seperti diri anda yg dahulu.
Maafkan diri ini yg banyak khilafnya, bnyk laghanya, kotor hatinya. Sesungguhnya aku tahu cintaku pada kalian tidak sehebat cintanya para sahabat.
Maafkan diri ini yg banyak khilafnya, bnyk laghanya, kotor hatinya. Sesungguhnya aku tahu cintaku pada kalian tidak sehebat cintanya para sahabat.
Sesungguhnya aku ingin memperingatkan kata-katamu padaku sahabat. ''Sentiasa ada ruang buat dirimu dan sahabat dalam doaku". Aku juga ingin kau ketahui, bahawa doaku juga sentiasa ada utk kalian sahabat. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA, aku tidak berkesempatan mengatakan itu padamu sahabat.Terima kasih Ya Rabbul Jaliil kerna memilih aku utk mengenalinya.
When you can't laugh on the same joke again and again,
Then why do you keep crying over the same thing over and over again,
'LEARN TO MOVE ON'
Wallahua'lam ~

0 Comments