Bismillahirrahmaanirrahim~
Salamun'alaikum.
Tanggal 31hb Januari 2012, kegelisahan melanda segenap ruang penghuni mahallah-mahallah di IIUM. Mereka yang baru menghabiskan pengajian di Centre for Foundation Studies PJ & Nilai pastinya berdebar menantikan detik untuk melangkah ke Garden of Knowledge and Virtue. Tak kurang juga,ada yang excited utk menjejak kasih dengan kawan-kawan yang terpisah selama 3 bulan. Macam-macam ragam. Yang pastinya, hari ini dalam sejarah. Students 1st year dan senior2 bergelut dgn perasaan yg bercampur-baur utk memeriksa keputusan final yang tamat tidak lama dulu.
Cabaran utama bagi penuntut IIUM setiap kali ingin melihat result ialah, butang refresh. Tepat-tepat jam 12am (31/1/2012).. traffic jam, butang refresh & f5 dihempuk berulangkali. Ada yang berselawat sambil "mengrefresh" ada yang bertasbih, ber"yassin"..tak kurang juga yang mencaci maki. Masing-masing punyai cara tersendiri. Kami yang mulanya excited kadang-kadang menjadi "pendebar-pendebar" secara tak langsung.
Apapun, bagi menggapai matlamat yang satu utk melihat result.. semuanya bersabar. Mereka yang dah lenguh tekan button refresh pula, membuat keputusan utk check result pd keesokan harinya. Tapi, xbanyak beza juga, still traffic jammed.
Tapi apa perkaitan dengan tajuk "ROYAL DEAN LIST"? Meh, kita mulakan.
Di bumi IIUM, aku tidak keseorangan. Aku ditemani oleh "mereka". Mereka adalah insan yang bergelar sepupu. Mereka OSEM!
Dikala aku sedikit "senget", merekalah mangsanya. Tetapi mereka stay COOL.Dalam menghadapi fatrah exam, masing-masing terduga. Ramai yang merintih "awatla dekat-dekat masa exam ni", aku juga tak terkecuali.Namun, ada satu masa..aku turut bersungut.. "pasaipalah depa bagi gap seminggu terus & terjah kami dengan paper yg berderet? dilema aku nak kutip buku yang patut dibaca." Diantara kami berempat, akulah org yang pertama habis menghabiskan bullet exam. Dengan lafaz bismillah, setelah habis examination.. aku sendkan kata2 ala-ala semangat gitu. Maaflah, aku sendiri xtahu kenapa. Tapi aku ingin ucapkan kepada mereka diatas dgn "fighting2".. itu saja. Dan balasan mesej mereka2 ini juga sangat steady, tapi ada la sikit-sikit bau jealous. hehe.Namun, ini semua cerita lama. Dah berlalu 2 minggu yang lalu.
Sepertimana yang tercatat diatas, aku sebenarnya teringin menyebut isu result final sebenarnya. Setelah khatam mengulangkaji resultku diportal, gatal pula rasanya nak mengupdate result sepupu-sepupuku yang nun jauh di Kelantan. "Sharing is caring", betul tidak?. :) . O Allah, bless them.
Disebabkan mereka dikira sebagai senior-seniorku, aku terlebih curious utk menelaah. Dek kejauhan, hanya mesej penghubung paling mudah untuk interaksi. Setelah beberapa minit "sms"dihantar, pesanan baru masuk ke kotak inbox handphoneku. Ada yang jawab "alhamdulillah, biasa-biasa saja" & ada jua yang menjawab "Sepertimana yg tertulis di result slip lah.. Alhamdulillah,next TWO SEM.. Royal Dean List..InsyaAllah". O Allah! Seriously, i'm excited & at the same time felt challenged. Mabruk kepada pelajar Political Science tu.. Moga kejayaannya menyumbang pada pembangunan minda ummah.
Aku tiba-tiba tersedar. Hm, He can do it, why not me?. Dogma aku sahaja yang salah. Dan aku tertarik dengan kata-katanya, "otak kita sama je,insyaAllah ada rezeki..dapatlah. Yang penting usaha tu jangan berkurang. Biar kita dapat DEAN and DEEN LIST. Lambat dapat takpe, tp usaha bia dapat."
Sesungguhnya diriku sangat teruja dgn pencapaian mereka keran pointerku kali ini jatuh merudum..dum..dum. Pihak manakah yang patut dipersalahkan?pihak pengurusan kerana tak pandai susun jadual examkah? Suasana yang tidak kondusif & terlalu tenangkah? Argh.. semuanya TIDAK! Ini permasalahan disiplin diri. Macam apa yg org dulu-dulu katakan. "We're given 24 hours per day & 7 days per week. How can others can manage to achieve the best while you're just smiling with emptiness without any achivements."
Tujuan post ni pertama-tamanya nak cakap mabruk pada mereka-mereka ini. Keduanya, peringatan utk diri yg tersangat leka dgn mimpi-mimpi indah di kampus seolah-olah kejayaan datang bergolek. Ketiga, nak berkongsi kegembiraan dgn mereka yang membaca .. meskipun orang yang membacanya tidak merasakan sedemikian. Wallahua'lam.
Tujuan post ni pertama-tamanya nak cakap mabruk pada mereka-mereka ini. Keduanya, peringatan utk diri yg tersangat leka dgn mimpi-mimpi indah di kampus seolah-olah kejayaan datang bergolek. Ketiga, nak berkongsi kegembiraan dgn mereka yang membaca .. meskipun orang yang membacanya tidak merasakan sedemikian. Wallahua'lam.
WE LOVE OUR FAMILY BECAUSE THEY MAKE US FEEL AWESOME!
Wassalam..
0 Comments