Bismillahirrahmaanirrahim ~
Masa kian berlalu, umur kian bertambah. Namun bukan amalan yang ku bekalkan tetapi berterusan menjadi ma'asi. Masa kian suntuk, tapi tiada apa yang ku peruntuk. Aku berbicara lelah, terus-terusan rebah. Hampa, tika tak mampu mengenal warna dunia. Lidah bertambah kelu, aku jadi bisu. Jiwa tidak mampu menanggung perkara yang kecil cuma. Hidup jadi sempit, masihkah ada ruang utkku disisiNya. Aku hanyut dengan telahan sendiri. Dosa kian menghalang cahaya, apakah layak untukku terus berharap.. Di manakah Dikau dihatiku,sedang pintu taubatMu tidak pernah tutup buatku. Aku sesak kerana jahil, aku tertekan kerna diriku degil.
Jika tuhanku bertanya padaku.
Tidak malukah kau bermaksiat kepada-Ku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku.
dan datang padaKu dengan penuh dosa.
Bagaimana aku nak jawab, wahai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa.
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati.
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan.
Seolah-olah aku ini telah dijamin utk hidup selamanya.
Seakan mati tidak akan menemuiku.
Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri.
Nah! siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah ..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?
Akan ku disoal apa yg telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini.
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar
ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yg telah diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan
dan hari ad-deen (qiyamah)..
Adakah aku tak mendengar panggilan ajal maut,
menyeru & menjemputku?
Maka Ya Rabb! seorang hamba datang bertaubat.
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang Maha Luas Pengampunan
dan yg membimbingku pada kebenaran.
Aku telah datang padamu.
Maka kasihanilah aku dan beratkan timbangan(kebaikanku)
Dan ringankan (percepatkan) hisabku
kerna Engkaulah yang terbaik dlm penghisaban...
Wallahua'lam.
1 Comments