Bismillahirrahmanirrahiim..
~ Assalamu'alaikum ~
~ Assalamu'alaikum ~
Dari jauh
kelihatan sesusuk tubuh berjalan perlahan ke bilik. Langkahannya lenggang.
Wajahnya sentiasa kelihatan tenang, tetapi hakikatnya hatinya galau hampir
setiap masa. Lahirnya dalam keluarga beragama, hidupnya penuh dengan kasih
sayang, memandangkan dirinya adalah puteri tunggal penyeri rumah tangga. Dia
yang ku maksudkan adalah temanku. Kini,dia tinggal bersamaku. Setiap pagi aku
kan menatap wajahnya, warna matanya coklat hazel, cantik sekali. Subhanallah.
Namun, semakin lama, cahaya di dalam matanya semakin malap. Aku cakna kerana
dia temanku, tanggungjawab dan amanah buatku yang bergelar teman. Andai diberi
pilihan untuk memilih, kan ku tolak amanah ini Ya Rabb.
Terkadang,
terdengar bisikan nafsu dalam diri. “Abaikan sahaja dia, tidak perlu kau bersusah
memikirkan halnya”. Hatiku ditimpa resah setiap kali azan berkumandang, pabila
tibanya masa untuk mengabdikan diri kepadaNya. Malah, mindaku ligat mencari
inisiatif untuk mengejutkan dirinya ke kelas. Liat. Itu sahaja perkataan yang
sesuai baginya. Memandangkan bilikku betul-betul menghadap ke arah masjid,
setiap kali azan dilaungkan, butir sebutannya jelas kedengaran. Boleh dikatakan
setiap kali nama suciNya dilaungkan, temanku berada dalam keadaan leka,alpa.
Jika tidak menghadap ke skrin laptopnya, telinganya disumbat dengan earphone, makan
& lepak makan-makan di luar, tidak pun hanyut dibuai mimpi. Bukan tidak
pernah kami menegurnya, malah kerap sungguh. Dirinya bukan tidak tahu hukum
menunaikan kewajipan ini, kerana setiap kali kami kelam kabut untuk ke bilik
air, bising di compartmentnya, dia akan berkata “dah2, pergi solat
cepat”.Sedang dirinya, masih dalam state yang statik.
Jiwa teman mana
yang tenang melihat keadaan ini? Hati mana yang tidak gelisah. Allah, temukan
aku dengan jalan penyelesaiannya. Beratnya beban kali ini ya Rabb. Diriku juga,
semakin hari semakin lelah. “Bersahabatlah dengan sahabat yang soleh untuk
membina kekuatan & benteng pemisah kejahilan dalam diri”. Tipu
seandainya diri ini tidak terkesan dengan tingkahnya setiap hari. Orangnya
baik, baik sekali. Exempted hubungannya dengan manusia. Dalam erti kata, lulus
hablum minannas tetapi lemah dalam hablum minallah. Mungkin salah diriku juga
kerana tidak cukup mengambil berat tentang dirinya. Maafkan diriku teman. Tapi,
bagaimana lagi mampu ku usahakan untuk menyentuh hatimu?. Bukan dikau tidak
tahu, dirimu sendiri yang menjauhkan hatimu dari cahayaNya.
Sepanjang diri
ini hidup denganmu, hanya 3- 4 kali baru ku melihat dirinya bangun untuk
beruzlah denganNya. Kadang-kadang, hatiku menjerit mengatakan “hidupmu penuh
dengan hipokrasi”. Ya Rabbana, ighfir zunubana. Pertama kali diriku melihat
dikau berdiri di atas sejadah adalah pada hari orientasi. Kedua,ketika ditimpa
masalah dengan teman lelaki. Ketiga, ketika dikau resah & susah melelapkan
matamu di tengah malam. Meskipun begitu, Alhamdulillah di atas kesedarannya
walaupun bermusim. Namun, tidakkah dirinya merasakan nikmat & perbezaan
tika mengadu kepadanya? Hanya Dia dan dirinya sahaja yang mengetahui. Tidak
layaklah kiranya diriku tuk menilai. Walaupun begitu, bukankan Allah telah
mengatakan bahawa warna hatimu kan terbias dengan amal seharianmu.
Kebelakangan ini,
tingkahnya menjadi-jadi. Aku sendiri tidak memahami apa & mengapa dirinya
suka melakukan perkara-perkara yang pelik dari orang lain. Allah ada bersabda
dalam wahyunya, “Dijadikan malam itu untuk berehat dan siangnya untuk
berkerja”. Temanku ini, mampu melelapkan mata sepanjang hari. Tidak terasa
rugikah harimu wahai teman?. Mana tidaknya, tika insan lain enak melayari
mimpi, dirinya berjaga untuk ber”online” dan ber”webcam” sampai ke subuh.
Kalian sendiri mampu menjawab samada dia mampu untuk bangun subuh atau tidak.
Laratkah & terbayarkah penat badan itu dengan tidur hanya beberapa jam
sebelum ke kelas jam 8.30 & 10.00 pagi? Sungguh. Tidur selama manapun
kualitinya takkan sama dengan rehat di malam hari yang telah dikorbankan.
Dirinya sering terlepas kelas. Semester ini, dia pernah melepas kelas seminggu
straight. Nampaknya, aku yang terlebih risau dengan dirinya.Dia sendiri?
Maafkan aku teman, aku yang tidak cukup sabar ketika mengejutkanmu. 2,3,4,5
kali sudah cukup membuatkan aku annoyed menggerakkanmu. Bukan aku seorang yang
mengejutkanmu, malah teman-teman sebilik turut sama berusaha utk
membangunkanmu.
Aku terkadang
penat dengan kekerasan kepalamu. Awal semester dahulu, dirinya menunjukkan
bahawa dia ingin berubah. Tapi, perubahan itu mungkin terlalu drastik dan
menyebabkan dikau jatuh semula dengan dahsyat. Maafkan aku sekali lagi kerana
tidak menyedarkanmu tentang kepentingan konsistensi. Apabila mengingatkan
kata-katamu pada hari-hari yang lepas, hatiku jadi panas. Pernah sekali, dirimu
mengatakan..”argh, terlepas kelas la pagi ni.” Dan aku menjawab, “lain
kali, tidurla awal.Tidur awal,bangun awal.”..Namun, apa yang dia katakan? “Bukan,
lain kali.. kalau tidur lambat, jangan tidur”.. Kalau itulah cara
pemikiranmu, aku tak mampu membantah. Namun, auta yang kau berikan itu.. tidak
pernah sekalipun menunjukkan keberhasilannya. Langsung TIDAK BERKESAN! Kerana
badanmu ada haknya ke atasmu. Dirimu sering terlelap meskipun aku tahu dirinya tidak
meniatkannya. Tetapi.. dikau sendiri tahu dimana salahnya percaturan hidupmu.
Semenjak
semester ini, setelah “clash” bak kata orang-orang BERCINTA (tolong fahamkan
erti cinta& ciri sebenar cinta sebelum claim diri anda bercinta). Mudah
amat dia mencari pengganti. Dari seorang, ke seorang yang lain. Dan pada mereka
dikau meluah segala permasalahan & mencari ketenangan kononnya. Di mana
ketenangan yang dirimu katakan? Aku tidak mampu melihat ketenangan itu pada
dirimu. Adakah ketenangan yang mampu menggantikan ketenangan ketika “berdating”
denganNya dalam sujudmu? Setandingkah
cintamu kepada manusia dengan cintaNya kepadamu? Cinta manusia, kau perlu
mengorbankan duit dengan reload.. hati terluka. Tetapi, dengan Dia? FREE OF
CHARGE! Bermodalkan air wudhu’, bisikan untuk berniat,mengorbankan 2-5 minit
untuk berdiri.. dan hasilnya adalah ketenangan. JAUH SUNGGUH JURANG PERBEZAANNYA.
Namun, yang susah dan menyakitkan itu yang dirimu pilih.
“Ala
bizikrillah tathmainnal quluub”- dengan mengingati Allah, dirikan menjadi
tenang.
Wahai teman,
tidak pernah terlintas dihati kami semua untuk memulaukan mahupun meng”isolate”kan
dirimu. Tapi, sifatmu & habitmu yang memisahkanmu dengan kami. Tika kami
sibuk berbincang & bercerita, dirimu hanyut dibuai mimpi. Ketika kami berkumpul
makan beramai-ramai, dirimu tiada dek keluar enjoy bersama kawan-kawan diluar.
Pada siapakah patut jari ini ditundingkan? Mungkin ada kesilapan dari kami,
tapi jangan juga merasakan dirimu disisi neutral dan tidak menyumbang pada
keadaan ini. Aku pernah terbaca satu kenyataan yang tidak pasti sumbernya
samada hadith ataupun al-quran.. “Seandainya dirimu membenci tetapi tidak
menginsafi sebuah kejahilan & kemungkaran dihadapanmu, makanya dirimu
sebenarnya sudah mula diresapi oleh 2 unsur ini”.
Teringat daku
pada suatu kata, antara ciri orang yang zalim adalah “ketika dirinya
berdoa,dia tidak mendoakan sahabatnya & ummat sekaliannya”.
Nauzubillah. Moga aku, dia, kita & kami tidak termasuk golongan ini.
Bersama ini, ingin diri yang hina lagi dhaif ini menyatakan.. Tiada niat dihati
untuk melukakanmu. Namun, aku mahu dirimu sedar tentang hakikat ini.. “
Ramai yang sibuk mencari jodoh sebelum tiba masanya, sedangkan ia telah
tercatat di dada langit. Tapi, seramai mana yang kencang mengejar hidayah yang
perlukan usaha untuk menggapainya? Hidayah yang sepatutnya dicari, kita tidak
peduli.. Tetapi konsisten lari darinya dengan mengisi kekosongan jiwa dengan hedonism,lagha
belaka.”
~Wallahua’lam~
.jpg)

.jpg)


.jpg)

1 Comments
ALLAH..
terbaik :)