ظلم الشديد

Bismillahirrahmanirrahiim .. 

Tempoh hari, sedang aku ralit mendengar IKIM.fm .. aku tertarik pada ayat ini.
 "Jangan jadikan persepsi itu sebagai kesimpulan". - [Dr. Sidek Baba]

Lama.. lama sungguh aku berfikir. Seharian, kata-kata itu terus bermain di kepala. Susah kot nak buang persepsi. Jarang sekali kesimpulan yang terhasil tidak dibayangi oleh persepsi. Aku dalam kegelapan yang sememangnya dahsyat.



"First impression will never accept redo in action"
 Impression itu terhasil daripada perception pastinya. Disebabkan persepsi ini jugalah aku pernah tak tidur malam, sakit kepala, demam bagai. Berfikir macamana nak buang persepsi dari menjejaskan emosi.

Aku risau, disebabkan persepsi awal .. dan tindakan susulan dibuat oleh A yang seolah-olah membuktikan kebenaran persepsi akan menjejaskan gerak kerjaku. Maaf, aku kadang-kadang selfish. Kerja biar ada timeline, time main.. main. Time kerja, kerja. Biarpun nampak bekerja bergelak ketawa, tapi pastikan kerja berjiwa. Lagi, kerja biar jelas hadafnya. Jarang aku melaksanakan sesuatu secara konsisten jika diri dibelenggu ragu.


Bila diberikan tanggungjawab, lagian bergandingan.. Aku terlalu amat sangat risau dengan kuasa persepsi. Persepsi..? Adakah ia masalah? Mungkin pada mata yang lain "alah, benda kecil". Tapi bagi aku, persepsi itu besar.. Sebab, persepsi boleh ditukarkan menjadi  kenyataan.. terpulang pada kemahuan individu. 



Jika persepsi itu positif, alhamdulillah. Tapi, jika negatif? Dari situ, akan lahirnya su'uzzhon. Tak susah untuk menukarkan "suka kepada tak suka" dan tak mudah untuk meng"shift" 'tak suka kepada suka'. That is the power of mind. Subconscious. Tapi telah Dia sebutkan di dalam kitab suci: 

".. dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu x suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [An-nur: 22]


Seolah menjadi adat, bila seseorang dipilih sebagai pemimpin.. Mereka ini, kredibilitinya terserlah, amanah, good in planning, interpersonal skill tip top, great thinker, good in collaborating with people, academic meletup. Yang pernah menjadi pimpinan, tidak boleh tidak.. pasti mereka akan terpilih lagi untuk memimpin. Dan apabila diri anda tersepit diantara jaringan pemimpin-pemimpin ini.. Akan ada lah rebellion yang Maha Dahsyat dalam senyap. Tapi, disebabkan ayat Allah.. Aku terpaksa ketepikan emosi, laksanakan amanah. Itulah dia, fungsi aqal. Pertimbang rasional & emosional.

 "...taatlah kamu kepada ulil amri, dari kalangan kamu. Jika kamu berselisihan dalam suatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Al-quran dan Sunnah" [An-nisa':59]

Emosi, tetap emosi. Tapi, bila sampai pada bekerja. Semuanya terpaksa dicampak ke dalam kabinet besi, meskipun hakikatnya diri seolah-olah berada di dalam blander. Merasa pelbagai perisa emosi. 



Wallahua'lam.

Post a Comment

2 Comments

Anonymous said…
akak. akak al-amin kan ? erm akak kak sakinah ke ?
anonymus, bukan2. akak bukan k.sakinah.