Bismillahirrahmanirrahiim~
Terdengar dari corong telefon,
"orang dapat RCMP College, tadi UPSI pun dah tengok result. Uitm pun memanggil2 ni".
Alhamdulillah, setelah sekian lama menerka... akhirnya doanya terjawab dengan pengutaraan beberapa pilihan. Kesemua tawaran menempatkan dirinya di Perak. Nun jauh di sana. Dulu, dirinya dicampakkan ke Kelantan.. tanah kelahiranku. Siapa sangka, aku menangis tak henti mengenangkan perpisahan ini.
Pada hari itu.. tika dia bersemangat mempersiapkan diri dengan pakaian, keperluan seharian untuk ke tempat pengajian.. Tiada yang dapat ku katakan kecuali mengiringi setiap tingkahnya dengan renungan sayu. Tiada rintihan lain yang diluahkan melainkan doa agar dirinya dilindungi, dicintai seperti dirinya bersama kami. Tidak dilukai, kuat untuk berdiri sendiri.

Hadirnya dia ke dalam hidupku bersama warna-warna terang. Mengukir corak di atas kanvas hati, menghasilkan pelbagai seni bernama memori. Tidak akan pernah ku lupa,bait-bait perbualan ini...
A: Assalamualaikum, tengah buat apa tu? Orang nak minx tolong hantarkan orgnye file petang nanti boleh tak.Abi ada dekat rumah?
B: Waalaikummussalam.Abi ada. nanti jap lg org gtau abi pasal file tu.
A: Dekat rumah ada makanan tak.. orang lapar. Awak masak?
B: Nape tak gi beli makanan kat kafe mahallah awak?
A: Duit tarak maa..
B: Hmm.. tak pelah. nanti orang tengok ada apa je..orang tak masak harini.
A: Ok, xpe. Tpi, jangan lupe gtau abi apa yg org pesan td tu. (dalam hati, tolonglah ada makanan.macam ni pun dah ok)
B: Ok.. nak bile?
A: Lepas maghrib sat g pun boleh.
B: Ok.. nanti org gtau abi. bye.
Seperti dijanjikan, tepat jam 8.. Abi terpacak di parking lot mahallahku. Bersama fail & sebungkus plastik merah. Aku jadi tertanya-tanya.. Apa tu? tak kanlah baju yg tertinggal kt rumah kot. Abi kemudiannya menghulurkan bungkusan. Lantas berkata,
"Ni, nasi.. k.ngah kata awak lapar. Dia letak siap-siap tadi ikut kuantiti awak biasa makan (banyak). Tadi dia pesan, 'abi.. nanti jgn lupa bg k.long dia xmakan lagi tu'.. Tengok, sayangnya adik awok masok ko awok.."

Ops, ngah.. serius. Orang terharu habbeess. Sumpah sayang awak. Orang bukak je bekas tu .. ternampak pulak ada makanan yang orang "idam".. Uuuu.. Orang memang tak sangka.. Sambil makan, sambil lap air mata. Padahal rumah sejengkal je dari kampus, tp kasih sayang awak ni lain eh bile org duk kt rumah & duk kampus. haha.
Tak lama lagi, semua akan tinggalkan rumah. Sedangkan sebelum ni, kita adik-beradik jarang sangat terpisah dek study. Bile terkenang nak kena lepas adik-adik g jauh, rase sedih pulop. Nanti orang balik, org tak dapat tatap muka korang dah. Muka korang mamai, loqlaq. Nanti tak de makanan natijah daripada eksperimen resipi internet dihasilkan.
Ada satu masa, orang mengharapkan yg awak semua tak membesar.. Dan tak kan pergi jauh dari orang. Tapi, itulah kehidupan. How huge Allah's land that He wants us to observe.. Walk, tadabbur.
Selamat jalan adikku~
Moga doamu diperkenan, hajatmu direleasasikan. Amiin.

0 Comments