Bismillahirrahmaanirrahiim .
Pada beberapa hari yang lepas, sedang saya asyik melayan video-video 'Pertandingan Video OSEM APG 2012' di laman Youtube, saya terjumpa sebuah video yang sangaaatlah OHSEM (baca : awesome) tak terkata !
*kalau nak load cepat, guna 240p*
Video ni ringkas tapi padat dengan mesej yang mampu melempang pipi. Hehe ^^"
Hm, video ni sebenarnya mengenai keimanan kepada Allah s.w.t.
Sebelum itu, izinkan saya mengajukan 2 soalan ..
1-Adakah anda beriman kepada Allah s.w.t ? Sila jawab YA atau TIDAK.
2-Adakah anda beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya ? Sila jawab YA atau TIDAK.
*saya harap anda faham akan bahasa yang kekelingan ini T_T*
Saya yakin sembilan puluh lima perpuluhan sembilan lima peratus bahawa anda yang sedang membaca ini termasuk saya akan menjawab soalan pertama, "YA!!!!" dengan ewah ewah bangganya . Betul taaak ?
Dan saya juga yakin entah berapa percent bahawa mungkin segelintir antara kita ragu-ragu untuk menjawab soalan kedua, "YA!!" dengan bangga seperti soalan pertama tadi, bukan ?
Kenapa agaknya saya mengajukan soalan kedua di atas ? Cuba anda fikir .. hm ..
Okay, cuba bayangkan situasi ini :
Situasi 1 -
Di dalam sebuah rumah ...
A : Wei B, teman jap. Nak mandi ni .. cepat laa..
B : Alaah, kau ni A .. Okay, aku teman kau sekarang, nanti esok lusa sampai tahun depan kau kena teman aku pulak .. Deal ?
A : Okaylah, deal !
Situasi 2 -
Ketika menghadapi peperiksaan ...
A : Betul ke Allah tolong aku ni.. Semua soalan ni macam takde
yang senang pun , complicated ade lahh. Aku rasa aku doa banyak-banyak daah .. Takkan tak makbul kot ? Hadoii ..
Situasi 3 -
Di dalam kelas ...
A : Bosan tahap giga .. Ape cikgu cakap ni tak paham la .. Tidur japgi kang baru tau
B : Tak baik la tidur waktu cikgu tengah mengajar .. Keciik hati cikgu nanti .. Aku pun ngantuk jugak. Tapi, aku gagahkan jugak mata ni untuk mencelik seluas-luasnya..
A : Laa .. Ngantuk jugak rupanya .. Kalau macamtu , kita main bingo lah . Mesti kita tak mengantuk dah nanti . And cikgu kompem tak perasan punya ! Kalau dah tak ngantuk nanti kita stop lah main, okay tak ?
B : Canteeek ! Jom ! ngeh ngeh ngeh
Jadi , berdasarkan situasi-situasi di atas, faham tak kenapa saya tanya soalan yang ke-2 tu ? Still tak faham ?
Sebenanya, saya rasa lah kan, ketiga-tiga situasi kat atas ni memang selalu sangat dah berlaku dalam masyarakat kita ni haa. Orang lain mintakkan kita temankan diorang pergi tandas la, kita pun mintak diorang temankan kita jugak .. Pastu, tak confident waktu exam la, main dalam kelas la. . ehm ehm. Siapa yang terasa, sila senyum sekarang. kah kah.
Kenapa kita minta orang lain temankan kita pergi tandas sedangkan Allah sentiasa bersama dengan kita? Kenapa kita masih bermain di dalam kelas waktu cikgu mengajar kat depan? Walaupun cikgu tak nampak tapi Allah nampak, betul tak ? Kenapa kita tak percayakan Allah waktu tengah exam sedangkan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita? Kenapa? Kenapa? dan Kenapa?
Kita nampak macam benda ni simple and tak bagi apa-apa kesan kat kita . Tapi, secara tak sedar, perbuatan atau ucapan kita tu sebenarnya memperlihatkan keimanan kita kepada ALLAH S.W.T sangat lemah. Kita tak percaya kat Allah sepenuhnya.. Takut benda lain melebihi takut kepada-Nya. Tak yakin dengan pertolongan Allah.. Hm.. Kalau macam ni lah, maksudnya rukun iman yang pertama kita masih belum pass, betul tak ? Macam mana la kita nak jadi seorang muslim atau muslimah yang beriman.. Astaghfirullah..

Saya rasa tak perlu untuk saya panjangkan lagi entry ni .. Kita ada pak cik Google kalau ada apa-apa lagi persoalan .. Ustaz Azhar Idrus pun available .. Hihihi :)
Jom sama-sama kita muhasabah dan mempertingkatkan lagi keimanan kepada-Nya :]
Ganbatte kudasai ^o^

1 Comments
bum..