The Art of Smile

Bismillairrahmanirrahiim ..

Senyum. Suatu bahasa yang jarang kita fahami. Normal or abnormal? Suka atau duka. 

Smirk smile. 

Cukuplah dengan ukiran senyuman. Tutuplah segala keperitan, zahirkan kebahagiaan. 

Biar mereka ingin katakan apa sahaja, 
kerana mereka tidak tahu hakikat disebaliknya. 
Biar mereka menduga,
mengatakan itu ini .
Kerana hakikatnya,
mereka gemar mengata.
Lagikan diperjelaskan,
lagikan parah jadinya.


SILENCE IS THE BEST CURE.

Apa lagi yang tersisa,
apabila yang bersama,
perlahan-lahan meninggalkan.

CUKUPLAH ALLAH UNTUKKU.


Terima kasih atas tohmahan,
terima kasih atas herdikan,
terima kasih atas hukuman,
terima kasih kerana menyakiti.


Tiadalah hak bagiku untuk menghukum manusia, kerana setiap perlakuan pasti ada hujahnya tersendiri. Tetapi, ingatlah kata-kata ini:

1. Jangan pernah menghukum, gugurnya air mata seseorang itu kerana lemahnya dia. Kerana kita tidak  tahu berapa besar & beratnya tanggungan keperitan hidupnya. 

2. Pandanglah sisi kebaikan seseorang, kesilapan kecilnya maafkanlah. Jangan diungkit lagi.

3. Pertahankanlah maruah & sembunyikan keaiban saudaramu samada dihadapan, mahupun dibelakang
mereka. 

Wallahua'lam.

*Ya Allah, kali ini aku benar-benar terluka.

Post a Comment

0 Comments