Bismillahirrahmanirrahim..
Detik mencoretkan kata-kata ini, terimbau kenangan lalu. Semalam, aku baru kehilangan sesuatu yang berharga. Nilainya, subhanallah. Hanya mampu tersenyum, mungkin ini bukan rezekiku. Ya Allah redhakanlah aku meskipun perit. Redhakanlah. Redhakanlah. Dalam hati, Ya Allah, pertemukanlah. pertemukanlah.
Tempoh hari, aku menghantar mesej kepada sahabatku yang kehilangan aset lebih kurang RM2000++, kali ini benda serupa menimpa diriku. Allahu Allah. Ya Allah, andai ini yang terbaik buat diriku.. Tenangkanlah diriku.
Teringat, dulu.. masa belajar di matrikulasi selangor, aku meninggalkan sahabat-sahabat sedangkan aku menggalas amanah yang besar disitu tika itu. Namun, aku pergi meninggalkan mereka utk menuntut ilmu di UIA. Tak lama selepas tu, aku diamanahkan untuk berkerja di beberapa posisi. Dan teman kerjaku seringkali bertukar. Aku sendiri terkadang tertanya-tanya, apakah hikmah disebalik ini Ya Allah.
Tika menjadi ajk special task untuk sebuah Mass Gath, aku terpaksa mencari teman ganti apabila sahabatku terlantar di hospital kerana eksiden motor. Then, ketika aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi Timbalan pengarah.. Pada saat akhir, ketika perancangan sudah siap 89%.. Pengarah memberitahu bahawasanya beliau tidak dapat hadir program tersebut, dan terpaksa menggantikannya dengan sahabat lain.
Lagi, tika aku memegang pos t.bendahari.. Sebelum memulakan kerja, bendahari sudah bertukar dek masalah kesihatan sahabat tersebut. Setelah mendapat ganti teman yang hilang, dia juga melepaskan pos bendahari itu untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar. Selepas itu, digantikan pula dengan sahabat lain. Dan, kini.. sahabat tu juga akan melepaskan pos bndahari. Dia akan keKolej Yayasan as-sofa untuk meneruskan pembelajarannya dalam pengajian usuluddin. May Allah bless him. 3 kali pertukaran, aku sudah kalis. Allah dah kata, sekiranya hambanya tidak melepasi sesuatu ujian, Dia akan menguji hambanya dengan ujian yang sama tetapi dalam bentuk yang berbeza.
Ya Allah. Bagaimana & apa hikmah disebaliknya. Sesungguhnya aku tiada masalah dengan pertukaran. Tetapi, untuk adapt dengan sesuatu.. Terkadang ia mengambil masa. Mungkin, orang lain tidak sebegitu. Pertukaran demi pertukaran, perpindahan demi perpindahan. Sehingga aku sendiri sudah terbiasa & tak mampu berkata apa lagi. Moga Allah merahmati semua sahabat yang pernah bergerak kerja denganku.
Maafkanku sekiranya terlalu menekan. Terlalu mengongkong, terlalu strict. Maaf andai mesej follow-up & updateku mengganggu privasi anda. Mungkin kerana natureku sebagai kakak sulung menyumbang ke arah itu. Maaf juga andai kerjaku cincai-boncai.
Kanku meniti hari utk mempelajari erti hidup. Makna disebalik penciptaan. Ya Allah, kuatkanlah diriku, kerana aku punyai jiwa yang lemah. Minda yang terhad, hati yang mudah goyah.
Barangsiapa ku ambil orang yang dicintainya di dunia, tetap mengharapkan redhaKu, nescaya Aku akan menggantikannya dengan syurga (Hadith)
.....lalu diadakan diantara mereka dinding yang mempunyai dinding. Disebelah dalamnya ada rahmat dan diseblah luar dari situ adanya siksa (Al-Hadid :13)
Akan sentiasaku pegang satu ayat di dalam surah Ad-dhuha,
" dan sungguh,yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaannya"
Ya Allah jadikanlah aku insan yang melihat segala sesuatu dengan pandangan hikmah & rahmah. Bukan melihatnya dengan pandangan lesu dan lemah. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.



0 Comments