Bismillahirrahmaanirrahim :)
Di dalam sebuah kelas, kelihatan seorang guru dan pelajar-pelajarnya yang baru selesai menyemak kertas soalan percubaan SPM subjek *** (maaf, tak boleh dinyatakan di sini hehe). Kemudian, tercetuslah dialog yang berikut :
Cikgu : Okay semua .. dah puas hati markah yg kamu dapat untuk trial kali ni ?
Pelajar-pelajar : hmm ... taak .. (muka toya semuanya =.=)
tiba-tiba..
Pelajar A : Cikgu , ana nak tambah markah lagi cikgu ! Please cikgu .. sikit je lagi .. Ana rase macam okay dah jawapan ana ni cikgu .. Please cikgu .. Sikit je ..
Cikgu : Ya Allah , A .. Kamu ni .. Kamu dah dapat * (gred yang tidak boleh dinyatakan di sini tetapi gred beliau dikira haibat eheh) kan ? Tak puas hati lagi ? Cikgu kan dah bagi markah yang padan sangaat dengan jawapan yang kamu tu .. Cubalah bersyukur sikit .. *senyum*
Pelajar A : Alaaa cikgu ... Please ..
Cikgu : No .. tak boleh . Kamu ni A.. ish ish ish ..Okay class.. listen .. Kalau kamu nak bahagia, kamu kena amalkan 3 perkara ni ; ACCEPT , FORGIVE and GRATEFUL
Dan di suatu sudut kelas tersebut, kelihatan seorang pelajar yang tersentak dengan kata-kata gurunya ..
***********
Dan pelajar yang tersentak di atas ialah saya ! muehehe :]
Nak tahu kenapa saya tersentak ? Sebab .. saya rasa apa yang cikgu saya cakap tu AWESOME sangat ! Saya tak pernah pulak terfikir dengan buat 3 benda ni, kita akan bahagia.... Tapi saya sangat sangat sangat lah setuju! Nak tau kenapa ? Sebab ..
1. ACCEPT (atau REDHA)
Orang yang susah nak redha apa yang Allah dah takdirkan untuk dia, biasanya susah nak gembira ! Ini tak kena, itu tak puas hati.. Bila ditimpa ujian sikit.. terus salahkan Allah atau takdir atau orang lain atau apa-apa lah .. Bila dah jadi macam ni, penyakit murung, mental diseases, stress akan senang datang menerjah. Bahagiakah kalau macam ni ? Bukankah lebih baik redha apa yang Allah dah takdirkan dan fikir apa hikmah sesuatu benda tu terjadi ? Allah dah kuniakan 'aqal untuk kita berfikir, jadi gunakanlah sebaik-baiknya :)
Kan Allah dah berfirman :
لايكلف الله نفساً إلا وسعها
Maksudnya : "Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya"
(Al-Baqarah : 286)
Jadi, bersangka baiklah dengan Allah :D
2. FORGIVE
Bila ada orang buat kita sakit hati, lapangkanlah hati dan maafkanlah dia ..(pesanan untuk diri sendiri juga) Jangan mudah melepaskan amarah ! Bila kita susah nak maafkan orang, seriyes susah nak hidup .
Contohnya, kita sakit hati dengan si A dan susah nak maafkan dia. Katakanlah, suatu hari, kita tengah jejalan makan angin dan tetibe teringat si A.. terus takde mood nak makan angin, terus muka jadi masham, terus segala-galanya tak kena =/ (contoh paling tak logik tapi rasanya boleh diterima......kot ?)
وَسَارِعُوا إِلَى مَغفِرَة ٍ مِنرَبِّكُم وَجَنَّةٍ عَرضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرضُ أُعِدَّت لِلمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.
(Al-'Imran : 133)
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالكَاظِمِينَ الغَيظَ وَالعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ المُحسِنِينَ
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik
(Al-'Imran : 134)
latih diri agar mudah untuk memaafkan orang lain :]
kan comel kalau macam ni :)
Allah itu pemaaf dan cintakan orang yang suka memaafkan orang lain :)
3. GRATEFUL
Banyaknyaaa nikmat Allah bagi kat kita. Tapi bersyukurkah kita ? Jom flashback.. Ucap alhamdulillah tak bila dapat beli baju baru ? Baca tak doa bangun tidur setiap kali kita terjaga dari tidur ? Buat sujud syukur tak bila dapat DL ? ngehehe
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
Maksudnya : "jika kalian bersyukur , niscaya Aku akan menambah rezekimu"
(surah Ibrahim : 7)
Bersyukur bukan dengan ucapan je, tapi mesti dibuktikan dengan amal jugak .. Kalau ada duit banyak, gunakanlah duit tu untuk beli benda yang bermanfaat dan jangan menyalahgunakannya. Kalau kita orang yang bijak pandai, jangan lokek berkongsi ilmu dan tips dengan orang. Kalau kita cantik ataupun kachak bergaya, jangan takabbur dengan kelebihan yang ada sebaliknya peliharanya dengan baik..
Bersyukurlah dengan apa yang ada .. Jangan TERLALU meminta-minta.. In shaa Allah bila bersyukur, nikmat yang sedia ada pun dah terasa cukup. Betul tak ?
--------------------------
Walaupun ini hanyalah kata-kata dari seorang guru, saya menghargainya dan akan berusaha untuk amalkannya. Arigato sensei ! ^^






0 Comments