Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum :)
Akhirnya, aku menginjak dewasa (eheh). 8 September 2013, hari
keramat di tahun Masihi. Now, I’m 21. Tahun ni, 3 prank sekali kena, pergh..
tak terkata. 3 nature yang berbeza. Tak terjangka. Sehabisnya BAKSIS EMSS di
kedah pada 7hb, siapa sangka.. masih ada yang ingat hari lahirnya. Tepat jam
12am, ada beberapa sahabat-sahabat UIA call dan menyanyikan lagu selamat
untukku. K.lang pula wish by msj hp di pagi
hari. K.ngah yang kehilangan phonenya wish di FB dengan kata-kata yg sgt
menyentuh kalbu. Serius menyentuh.
"because my prayers louder than my wishes for you , always. tadi call ingat nak wish tapi rasa sebak pulak tinggal 15saat. so balik bilik, menangis pastu sekarang baru ada inisiatif nak wish. not really actually . dua puluh satu dah? so hmm sanah helwah . awak tulang belakang keluarga kita . awak daie yang paling kakngah kagum. awak kuat dalam diam tangisan . awak anak yang solehah . awak tahu kan yang kakngah takpernah satu saat pun lupakan awak. yang paling penting , kakngah sayang awak ♥"
1. Jazakumullah abi ummi, k.ngah, k.lang, k.chik, a'qil,
faqiih, k.uda, faaiq. Pagi 8hb, perasaan untuk pulang ke rumah menggoncang
jiwa. Makanya, pulang seketika. Namun, setibanya di rumah..tiada sambutan apa
pun (sob sob). Ok, logikla.. semua busy okeis. haih. Tak pa, tiba-tiba dapat
mesej untuk ke meeting di UIA. maka bergegaslah aku kembali ke bumi Knowledge
& virtue. Tepat jam 1730, aku pulang ke rumah semula.. haha. (rumah sebelah
UIA, rezeki) Ok, kali ni aku tak nak simpan harapan tinggi. Nak balik tido je.
Dah la hadek-hadek sorang pun tak wish. hish. (oh, duniawi je sume tu). Mendaki
tangga dengan longlai. tiba-tiba aku macam terdengar suara orang.. "dah
balik!" diikuti bunyi hempasan pintu yang kuat. Apakah?
Kemudian, sampai dimuka pintu, ku berikan salam, ketuk pintu untuk
keizinan masuk ke rumah. Pabila pintu terbuka, alunan lagu "Allah
selamatkan kamu" mengiringi langkah. Terharu ok. haha. Masuk lagi, hah.
Makanan! sedapnye~ Alhamdulillah. Dah habis menjamu selera, adik-adik mula
memberikan kad hasil tangan mereka. Huu. Penuh dah fail dengan kad mereka.
Banyak kali dah aku terima kad dari adik2, tapi tak tahu kenapa.. Perasaan kali
ini, lain sekali. Sentap lain macam.
A'qil : Kak long, banyakkan baca
al-qur'an & ingat Allah selalu.
Faqiih : Apple is red, Rose is too.
Marshamallow is soft, heart is too.
Naqiyyah : Sorryla, orang takda hadiah besar. Nah, ni orang
kasi pensil. Nanti bolehla guna, tak payah nak pinjam-pinjam lagi. (disisipkan
bersama, sebatang pensil shaker)
Faaiq : Semoga Allah makbulkan doamu. (Berserta
dengan gambar nostalgia & sebuah kotak comel)
2. Prank by komiti Welfare EMSS 2012/2013. Memang umpph la kena.
Di akhir postmorterm BAKSIS, tiba-tiba tuan PM mengungkit isu miscommunication
yang melibatkan aku dan mediator YB Baling Kedah. Isu yang timbul &
disangkakan telah diselesaikan pada hari pertama program.. diungkit pada masa
postmorterm ini. Dalam pemikiranku, "kenapa perlu ungkit isu yang hanya
aku & mainboard sahaja yang tahu masalahnya di dalam meeting postmorterm
ini?" This is unfair. Sekali aku menjelaskan, dibantai pula dgn kata-kata
PM. Yang menyebabkan aku akhirnya hanya mampu berkata sekerat & diikuti
dengan perkataan, "hm.. tak pelah." Dan di akhir kesabaran buat insan
yang tak berapa nak sabar mcm aku, aku secara tidak sengaja berkata,
"senyaplah poji." Time tu aku tak mampu nak berpaling muka dah,
geram. teramat geram. Setelah tak mampu menjelaskan apa-apa, tiba-tiba PM
kata.. "kenapa aqilah tak bagitahu? kenapa tak bagitahu kami.. yang harini
besday dia!" Dan kata-katanya diiringi dengan lagu "Happy
birthday..." Terima kasih guys. Tapi, inilah kali pertama aku diselubungi
perasaan menyesal kerana tak punyai whatsapp. Depa plan prank dekat whatsapp.
This is sooo haish...
3. Prank just nice ketika
meeting ke-2, pd 9.9.2013. Ah, this is unpredictable. Haish, dah belated pon
boleh prank lagi ke. Huaa. Bila tibanya masa untuk “hal-hal berbangkit” dalam
meeting, tiba-tiba aku dipanggil oleh mentorku yang munculnya tidak disangka.,Tanpa
tahu apa alasan aku dipanggil.. Aku mengikut sahaja. Dengan beberapa langkahan,
aku masuk ke kelas berdekatan. Di hadapanku, ada 5 orang senior lelaki yang
diketahui kredibiliti kepimpinannya. Di sebelah kananku, 10 orang kakak senior
sedang mendengar. Aku jadi makin LOST ok. Apa dah jadi ni? o.0. Aku disuruh
duduk bertentang dengan mereka. Dengan kedudukan meja & kerusi yang disusun
ibarat di kandang soal siasat jenayah. Oh Allah. Save me. Apa depa nak ni. Habislah
aku kalau depa tanya tentang isu-isu kritikal.
Setelah cukup 5 minit disoal dengan pelbagai perkara. Aku
dilepaskan.. dan dibenarkan mengikuti meeting semula.
Setibanya aku di bilik meeting, aku sekali lagi
terpinga-pinga. Ahli mesyuarat kesemuanya sedang berdiri, dengan alunan musik
muhasabah. Disebabkan tu, aku melangkah perlahan menuju ke tempat dudukku.
Tapi, pengerusi mesyuarat memangil seolah memberi amaran kepadaku supaya
berdiri dibarisan paling hujung. Ok, clueless. Am I doing anything wrong? Huu.
Sesampainya aku di barisan hujung. Muzik dihentikan. Ok.. this is so uncool.
Blur, blank.
Tiba-tiba, pengerusi menyebut namaku yang membuatkan aku mendongak
kehadapan dan memandang ahli mesyuarat yang lain. Baru aku perasan, di tangan
mereka, ada susunan huruf. Aku mengeja, ok.. itu namaku. Kemudian, diikuti
dengan huruf-huruf "H.AP.P.Y.B.I.R.T.H.D.A.Y." Haih.Kena lagi..
Kemudian, ia diiringi dengan lagu "Allah selamatkan kamu.." dan cup
cake yang comel-comel. Jazakumullah sahabat.
Dalam gegak meeting & wish ini, aku terdengar.. Beberapa orang
sahabat meeting berkata.. "ni kali pertama aku buat benda ni (angkat
kertas wish bagai)." Buat yang pertama kali melibatkan diri dalam kes-kes
sweet-mweet ni.. Terima kasih & sorry guys, membuatkan anda rasa tak sedap
badan dengan ke'sweet'an prank tu.
Post kali ini, mungkin tiada ibrahnya. Ia hanya sekadar nukilan
kenangan yang mungkin tidak dapat ku lupakan. 3 Prank sederet. Biasa kena
sekali ja. Kali ni terjebak banyak kali pulop. Haish.
Akhir kata, May Allah bless all of you. May He protect you today
&forever. Sedikit peringatan akhir buat kita,
"Orang yang kelihatannya bahagia,
adalah org yang memiliki sekuntum bunga harum semerbak. yang dipetiknya untuk
disimpan di biliknya, agar dia dapat menikmati keharumannya sepanjang waktu.
Tetapi orang yang merasai kebahagiaan sebenar adalah orang yang memberi manfaat
kepada orang lain dengan membiarkan bunga itu tumbuh, bahkan menyirami &
memelihara agar setiap orang yang melewatinya dapat menikmati
keharumannya."
Itu sahaja. Jom kita renungkan, apa isi disebalik kata-kata ini. Wallahua'lam.




0 Comments