Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh :]
Minggu ni memang kebuluq nak makan nasi, tapi tak berpeluang sebab kemampatan manusia kat kafe kolej yang tak mengijinkan saya membelinya. Tapi , alhamdulillah sangat-sangat dapat jugak makan nasi bila balik rumah sempena Tahun Baru Cina ni . Dan , secara tiba-tiba *ecewahh* , otak saya terlintas untuk menulis tentang ini .
*****
Orang yang lapar, dia akan usaha bersungguh-sungguh untuk cari makanan .
Dan dia takkan tunggu makanan melompat masuk ke dalam mulut dia dengan sendirinya .
Orang yang dahaga, dia akan cuba sedaya upaya untuk cari air walaupun setitik .
Dan dia takkan tunggu air mengalir ke dalam gelas dengan sendirinya .
Orang yang nak dapat straight A's , foflet & etc. akan belajar dengan sepenuh hati untuk dapatkan cita-cita tu.
Dan dia takkan tunggu ilmu tu melekat kat otak dengan sendirinya.
>>Pandangandarisisilain :
Orang yang betul-betul nak buat kebaikan , dia akan lakukan apa-apa sahaja , benda kechik ke, remeh temeh ke , apa-apa pun dia sanggup .
Dan dia takkan banyak berdolak-dalih .
Orang yang seriyes amat amat nak ALLAH sayang kat dia, dia akan cari 1001 cara untuk pertingkatkan diri untuk menjadi yang lebih baik agar mendapat cinta agung-Nya ; amalkan yang diperintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya (ayat skema pereksa nak SPM dollu dollu) .
Walaupun terpaksa berdepan dengan banyak ujian , halangan , tohmahan dan yang sekeluarga dengannya , dia tak mudah longlai sebab dia tahu , cinta yang dia buru tu merupakan cinta yang kekal . Cinta kepada Pencipta .
Dan dia takkan ucapkan ini semua :
"Tak ready lagi la.. "
"Tunggulah nanti ,, one fine day.."
"Malula.. Nanti apa orang cakap pasal kita hmm.."
Ya , memang . Memang susah nak buat kebaikan . Banyak sangat anasir-anasir yang tak diundang datang menghasut .
Dan yang paling penting sekali , kalau kita betul-betul sayang , cinta , kasih kat Allah , kita mesti la sanggup buat apa-apa je kan ? Dari sekecil-kecil amalan hingga sebesar-amalan pun no hal ..
Contohnya , baca ma'thurat setiap pagi dan petang . Bila kita baca ma'thurat , kita akan ingat kat Allah . Tak wajib baca 2 kali setiap hari pun , tapi cuba istiqamah baca setiap hari walaupun sekali . Kalau tak mampu istiqamah (contohnya : dalam seminggu 3 hari takbaca), it's okay as long as kita ada niat untuk sentiasa baiki atau pertingkatkan lagi untuk masa yang akan datang . Jangan give-up terus pulak , kan hangat-hangat tahi ayam namanya tu :/
Terus dan terus dan tingkatkan usaha untuk jadi yang terbaik dan terhebat dan tercun dan terhensem sekali di mata Allah . Dan yang paling penting kena ikhlas :D
Hidayah Allah adalah untuk dicari bukan ditunggu . Maka , ayuh mulakan pencarian >o<
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"
(Ar-Ra'd : 11)
If we wanna change, just go for it! Allah is always with us :D
Biaq pi la apa orang kata , asalkan Allah redha , kan ?
**These things came into my mind all of the sudden and I'm sure it's all from Him :')









0 Comments