Usia hidup

Bismillahirrahmanirrahiim ~

Coretan kali ini, khas buat adik-adikku yang kian meningkat dewasa. Ini buat tatapan kita, kita bersama. Mungkin esok lusa kita kan melupai hari ini, hari yang penuh dengan pengorbanan dan kasih sayang. Ini tentang kita :'(.



Duhai adik, ingatlah wajah 2 orang insan ini. Hari ini, esok, lusa, selamanya. Jangan pernah lupa, sayangi mereka, berbaktilah selama mana mampu. Wajah bahagia ini, abdikanlah didalam memori. 

Hari ini, kita sudah bergelar remaja. Sedarlah, kedua insan ini juga semakin berusia. Kudratnya tidak seperti dulu, meski jiwa dan pemikirannya sentiasa kuat. Keluar dari rumah di subuh hari, dan pulang ke rumah di petang hari. Jika nak dikira pengorbanan, tak terkira tak ternilai harganya. Terlalu mahal.


(Kak ngah) Ingat tak lagi, masa awak duk MTSTM. Awak selalu dikejarkan ke hospital sebab lelah? Ummi & abi kat KL tak pernah putus telefon, dan terus naik bas balik kelantan. Biarpun esoknya ummi abi kerja, tapi deme tetap balik kelantan untuk pastikan anaknya tak ape-ape. 

(Kak lang) Awak tahu tak, setiap kali kita call cakap ummi abi "rasa nak makan kueyteow ummi, dekat UITM PALAM takda." Ummi abi terus gi kedai belikan kueyteow utk dimasak? petangnya bergegas ke PALAM utk jenguk & menunaikan hajat anaknya.

(Kak chik) Jangan pernah lupa, betapa ummi abi tak pernah ajar anaknya berputus asa. Malah mereka sentiasa ada dibelakang menyokong kita. Walau ummiabi tahu kita salah, mereka tak pernah menghukum malah memberikan solusi utk kita perbaiki keadaan. Awk jd APM WAFA, awk tak yakin. Ummi duduk dengan kak long, berpesan "k.long, awak tolongla k.chik. Bantu dia, supaya dia kembali yakin."

(A'qil) A'qil, jangan pernah termakan dengan hinaan & cacian orang. Kerna doa ummiabi sentiasa mengiringimu. Ingat tak time abi hantar awak g sinamax utk tournement futsal usrah SMIAAG? Abi janji nak amek awak tengahari tu, tapi mungkin disebabkan abi lambat sikit, awak balik dulu. Abi tunggu hampir setengah jam, pusing & cari tp tak jumpa awak. Abi risau, abi call ummi & k.long dan kami cakap "mungkin dia dah balik dengan kawan." Abi tak marah, tapi abi kata "alhamdulillah, risau dia tak tahu duk mana ja."

(Faqiih) Faqiih, kalau awak still ingat. Time darjah 4 dulu awak kena buli & dipukul oleh budak-budak nakal kat Al-amin. Balik lebam-lebam. Ummiabi tak duk diam, tapi abiummi tak cepat melatah mempersalahkan awak. Ummiabi amek ubat, sapu, tuam, sediakan ubat homeopathy. Deme call pihak sekolah utk selesaikan molek-molek hal ni.

(Kak Uda) Naqiyyah, time awak umur 6 tahun kaki awak terseliuh. Sakit, siap berbalut lagi. Semua adik beradik, ummiabi tolong urutkan. Tapi ummiabi still amek inisiatif utk g jumpa pakar untuk pastikan tu sembuh elok. Meskipun dalam poket duit tak seberapa, demi sayangnya kepada anak perihal duit diletak ketepi.

(Faaiq) Faaiq, awak tahu kenapa ummiabi marah awak keluar rumah sesuka hati? sebab abiummi risau awak berkawan dengan budak-budak nakal. Takut nanti awak terikut perangai depa. Time awak kata awak nak kasut bola, mula-mula kitorang adikberadik marah. Sebab kasut awak dah banyak, tapi semua rosak, sebab buat main bola. Tapi, esoknya abiummi belikan kasut utk semua A'qil, Faqiih, Faaiq. 

Ni baru sikit. Nak tulis semua, terlalu banyak. tapi ingatlah cerita yang kecik-kecik ni. Ummiabi tak pernah lupa doakan kita. Tiap kali dapat mesej, "ummiabi, esok kami exam" mesti adikberadik & ummiabi akan buat soalat hajat khusus untuk kita. Padahal, bukan deme pun yang exam. Tiap kali kita call nak itu ini, ummiabi tak pernah lupa dengan apa yang kita nak. Bila sampai je rumah, mesti akan terhidang apa yang diidam.

Cukup banyak usaha & kasih yang dilimpahkan. Hargailah, sayangilah, sentiasa doakan mereka dalam doa. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang melupakan jasa ummiabi. Jika harini mereka tampak sihat bertenaga, ingatlah mereka kian dimamah usia. Penatnya luar biasa, lelahnya semakin terasa. Jangan pernah terlintas dihati untuk menderhakai mereka (wa'iyazubillah). Ramai ustaz kata, "ibu ayah boleh jaga 10 orang anak, namun 10 org anak belum tentu akan mampu menjaga mereka."

Tidak cukup lagikah pengorbanan mereka. Tidak puaskah kita dengan nikmat dunia. Bersyukurlah kerna mereka melengkapkan kita dengan tarbiyyah, untuk keselamatan dunia & akhirat.Pintalah redha untuk setiap kasih mereka. Terima kasih Ya Allah, kerana membenarkan aku untuk melihat dunia sampai ke hari ini.



Post a Comment

0 Comments