Penjara psikologi




Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum.

Terasa seperti lama tidak mencoret kata, terlalu banyak tentangan psikologi yang menyebabkan aku mampir kepada putus asa. Banyak sebab musababnya. Dunia seolah mentertawakan peperangan jiwa.

Kehebatan insan sekeliling seolah merenggut potensi diri, malah menelan satu per satu keyakinanku. Hampir saja aku berhenti menulis, selangkah lagi aku kan menjadi insan yang tiada identiti diri. Seharusnya kehebatan mereka menjadi motivasi, penyebab mara langkahan insani. Serius, tekanan ini menyebabkan aku tidak mampu melelapkan mata dimalam hari. Sakit, jiwa seolah terpenjara.


Banyak perkara yang ingin dilakukan, tetapi banyak yang tidak terlaksana dek tuntutan lain yang memerlukan dokongan tenaga anak muda. Tekanan makin menjadi, pabila melihat teman sekeliling bebas bergerak ke sana ke mari untuk berdiskusi, membaca pelbagai genre buku untuk meningkatkan kualiti diri. 

Ku toleh ke kanan, anak muda itu sedang membahaskan tentang falsafah ilmu. Ku toleh ke kiri, ku melihat sahabat itu sedang berdiri di pentas masyarakat membawa bersama agenda "merakyatkan pemerintahan." ku pandang ke bawah, temanku gian mempelajari ilmu multimedia & menguprade kualiti outputnya. Hari demi hari, tekanan semakin menjadi-jadi. Mereka terlalu tinggi untuk digapai.

Langkahan seolah terhenti, tidak berani rasanya untuk keluar melangkahkan kaki menghadapi realiti. Pernah mereka berkata, "life is not about competing, but sharing." Mana mungkin aku mampu share sedang aku tiada apa untuk diberi. Bagaimana ingin melengkapi, sedang diri tiada kualiti. Ops. jatuh lagi. 

"Life is about choice, nothing impossible & just do it" ungkapan ini mencabar. Serius mencabar aku setiap hari. "You will never know how hard it is, until you face it" --> "you will never know your potential, until you do it." Memandangkan aku mempunyai benchmark sendiri dlm berkerja, aku akan menjadi tertekan apabila tidak berjaya menggapainya. Meskipun telah berkerja separuh mati. 

Selagi mana boleh bergerak sendiri, lakukanlah. Namun, selalu saja aku jatuh ditengah perjalanan kerna penat mengahadapi manusia yang sering meminta untuk "dimengerti" sedang mereka tidak berusaha untuk "memahami" kesusahan orang lain. 

Terkadang keluhan penat menjengah. Tapi ini bukan alasan untuk berhenti. Aku tahu, mereka yang terkehadapan saat ini bukan berjaya dengan jalan mudah. Malah mereka juga lelah, bermandi air mata untuk berada di pentas dunia hari ini. Teringat kata YB zailah, "sekiranya kamu meletakkan muslimin sebagai benchmark dan saingan kamu, kamu salah."

Apabila memegang tanggungjawab ini, ada beberapa perkara yg akan ku korbankan sekiranya tidak bijak menyusun masa. Nature workaholic serius memberi tekanan, budaya serba serbi nak tahu turut menyesakkan jiwa. 

Argh. Terlalu banyak kemahuan, sedang tenaga tidak sebanyak itu. Maka, "jadilah seperti pipit yang berusaha untuk memadamkan kemarakan api yang membakar Nabi Allah Ibrahim. Meskipun paruhnya kecil, dan kemampuannya terbatas, tapi itu bukan alasan untuk tidak membantu.Dan Allah menilai usahanya, bukan keberjayaan pipit memadamkan api."

Ingat lagi janji Allah, "jika niat yang dipasang itu baik, in shaa Allah Dia akan mempermudahkan perjalanan." Aku selalu terlupa ini. Mampukah aku bersaing untuk dapatkan mardhatillah setiap hari, kerna dikelilingku terlalu ramai mereka yang berhati suci.

 
Sedang nabi juga diuji, siapa kita untuk lari dari ujian kecil? 
 “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (para rasul) kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri. (QS. al-An’am: 42) 

Wallahua'lam.

Post a Comment

0 Comments