Bismillahirrahmanirrahiim~
4 June 2010 (Jumaat)Terdetik di hatiku utk menyemak permohonan UPU 2nd intake di internet. Jam menunujukkan pukul 12.30 tghari. Aku, adibah huda, Siti Fatimah Nadirah dan Athirah Rahman.. bergerak menuju ke masjid KMS utk mendapatkan WIFII. (itu je portnye).
Kelihatan para pelajar muslim sdg sibuk menyiapkan diri utk solat jumaat. Menggunakan laptop Adibah Huda,semakan dilakukan.. Cubaan pertama,gagal login UPU's Result.2nd,3rd dan 4th try..hm, kami penat.
Lps beberapa saat, kami try semula! Ya, alhamdulillah! bejaya juga akhirnya kami login portal tu. Mase tu, aku masih berehat2 di bucu masjid (ingat lagi). Tiba-tiba, huda kata.. "qila, dh login.. UPU mu diterima. 2nd intake CFS IIUM NILAI 2010/2011, Economics and Managenment Sciences.
Aku terkedu. MasyaAllah, btapa gembiranya hatiku saat itu.Tapi, betul ke aku nak tinggalkan KMS?? Argh, aku tak nak! No way man.. then, Fatimah a.k.a tim bersuara.." ha, gi la UIA tu.. kan dah dapat apa yg qila nak tu.(sad mode). "Tinggalla tim kat sini, xda teman." Serba salah hatiku. Aku terlalu sayangkan KMS.
Setibanya di bilik, aduh..
Yazmin, Uzma & Fatin : Mcamne UPU?
Me : Alhamdulillah, DAPAT!!
Them : Nak g tak ?
Me : Istikharah dulu, tgk macamane.
Bayangkan, nk istikharah.. 6/6/2010 dah nak daftar ni. I'd list out all the pro & cons for both campus, whether UIA or KMS. Hm.. sama banyak plak pro & cons nye. PARAH!
Malamnye..
Anis & Yazmi : Qila, kau nak g tak UIA?
Me : InsyaAllah, tak rasenye. ( tenang , penuh bergaya .. even hati 50/50)
Them : Alhamdulillah, bagusla ~
lebih kurang 2 pagi ..
Anis, Yazmin dan aku.. rancak berbual sambil membiarkan angin pagi masuk sepuasnya ke ruang bilik. Mcm-mcm isunya. Tentang ayat 1000 dinar, selawat pagi, alarm bgn tidur , pelbagai. Terasa tenang di benak hati. Subhanallah. kami siap menjamu ROTI + SARDIN PEDAS lagi.. ( biasala tu )
Masa berlalu pantas, Jam 3 pagi ..
Kami melabuhkan tirai mata. Esok nak bangun awal. Nak g joging dgn sahabat - sahabat usrah. Ain Fariyna, Nila Suria, Khadija, Amanina Husna, Syafiqah & Mira Khalisa. Tak sabar rasanye. "Aku nak mulakan hari dgn senyuman paling ceria & fikiran paling tenang, esok ," ini tekadku.
Maka berakhirlah hari Jumaat yang penuh cerita. Sungguh, aku tak sabar nk beritakan kpd shbt-shbt ini.. yang aku nekad .. tak nak masuk UIA nanti. Aku akan stay KMS. Fikiranku lapang, melayari bahtera mimpi..
0 Comments