Bukan Pilihan


Allah Ar-Razzaq, yang Maha Memberi Rezeki kepada hambaNya di seluruh muka Bumi mengikut kesesuaiannya. Ada yang dapat banyak dari yang lain, ada yang dapat cukup sekadar yang diperlukan. Tiada hamba yang Allah zalimi dengan memberikan kurang, sedikit dan tidak sesuai dengan kemampuannya.

Baiknya Allah.

Ada orang yang Allah bagi rezeki bertepatan dengan apa yang dia minta. Ada orang yang Allah bagi rezeki tak seperti yang dikehendakinya, tapi mengikut keperluannya. Ada orang yang Allah bagi rezeki kepadanya walaupun dia tak minta.

Baiknya Allah.



************************************

Alhamdulillah.
Satu demi satu urusan dipermudahkan oleh Allah ya Bari'. Melihat Abi, Ummi, adik-beradik tersenyum atas kejayaanku membuatku bersyukur tidak putus-putus. Namun, jauh di sudut hatiku, bebanan dan bimbang kerap dirasakan. Bidang yang ku tidak berapa mahir dan minat, kini ku harus 'hidup' dengannya.


Ku tak mampu berpatah balik. Dah jauh ku berjalan. Dah banyak Allah bantu. Dah banyak tenaga dan masa yang digunakan. Dah banyak peluang dan jalan yang Allah buka. 

Terbayang harapan keluarga, juga nasihat dan kata-kata semangat mereka. Senyuman mereka..... Membuatku berat hati untukku mengalah. 


Pasti ada hikmah diriku dipilih Allah dalam bidang ini. Pasti. Aku yakin. Bukan semua yang aku tak suka, tak baik. Semestinya Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk diriku. 


Setiap persoalan pasti ada jawapan. Setiap masalah pasti ada solusi. Tiada cabaran yang dapat ditempuhi jika tiada tindakan untuk bangkit. 

Lupakah kamu? 
Dunia sememangnya tempat berpenat dan bekerja. Jika mahu rehat, tunggulah di akhirat. (Dengan syarat, dah beramal dengan ikhlas di dunia)

Jadi, ini bukan pilihan, melainkan untuk terus kuat. Kuat walaupun sukar, walaupun perit, walaupun muak, kerana tak semestinya yang jelik itu buruk untuk diri.


Ayat cliche, "Walau pahit pada awalnya, semestinya manis di penghujung."

Ya, semoga. 

Semoga dengan pilihan untuk terus kuat di perjalanan ini, membawaku lebih dekat dengan Allah untuk mendapatkan redhaNya. Semoga dengan kesungguhan ini, Rasulullah s.a.w bangga. Semoga dengan kecekalan ini, lebih banyak ilmu dapat dimanfaatkan untuk Islam. In shaa Allah.. 

"Berjihadlah wahai kaum Muslimin, walau susah menempuh cabaran"

"Sucikanlah niat di hati, hingga nyata benarnya janji Rabbi"

02022020 23:23

Post a Comment

2 Comments

Seha Badri said…
Alhamdulillah terima kasih. Very inspired.
Semoga bermanfaat 😊